Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Isteri Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Ketibaan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin telah disambut oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-isteri-menteri-dalam-negeri-ke-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT

Bukit Aman - 30 April 2008. Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin, isteri Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar bin Syed Jaafar telah mengadakan lawatan dan ramah mesra bersama PERKEP Malaysia.

Ketibaan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin dan rombongan telah disambut oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad, isteri YDH Ketua Polis Negara dan Pengerusi PERKEP Malaysia. Hadir sama di majlis tersebut Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM dan juga Pegawa-pegawai Kanan PDRM.

Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin juga mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan melawat pejabat Menteri, pejabat YDH Ketua Polis Negara, pejabat YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan juga Bilik Persidangan.

Lawatan Isteri Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
tengah...Ketibaan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin disambut oleh Y.Bhg. Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmad
Lawatan Isteri Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
kanan...Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia bersamaPengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM
Lawatan Isteri Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin dan rombongan di pejabat Ketua Polis Negara
Lawatan Isteri Menteri Dalam Negeri Ke Bukit Aman
Bergambar kenangan di Tingkat 30, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM