Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Resorts World Berhad Siri 4 2007
Genting Highlands - 1 Disember 2007. Upacara Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Resorts World Berhad Siri 4/2007 telah rasmikan oleh YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Timbalan Ketua Polis Pahang.
Hadir dimajlis tersebut, Y.Bhg. Tan Sri Mohd Amin bin Osman, Penasihat Kumpulan Genting merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Resorts World Berhad, YDH SAC 1 Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC 11 Dato' Ahmad Nadzar bin Nordin, Ketua Cawangan Khas Pahang, Y.Bhg. Dato' Karn Kam Peng, Naib Presiden Keselamatan Resorts World Berhad, Y.Bhg. Tuan Lim Eng Ming, Naib Presiden Kanan Keselamatan & Operasi Kasino, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Resort World Berhad (RWB)dan tetamu jemputan.
Seramai 35 orang anggota Polis Bantuan telah berjaya menamatkan latihan yang bermula pada 1 September 2007 dan tamat pada hari ini, diserapkan dibawah pentadbiran Jabatan Keselamatan Resorts World Berhad yang ditubuhkan pada 1971. Jumlah keseluruhan perjawatan Polis Bantuan RWB sehingga November 2007ialah seramai 711 orang termasuk pegawai dan anggota, iaitu merangkumi 26 Inspektor,1 Sub Inspektor, 54 Sarjan, 87 Koperal dan 543 orang Konstabel dari 1158 perjawatan, kekosongan 447 orang.
Dimajlis tersebut, Pelatih Suhaidi bin Che Yahya diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Akademik, Pelatih Fadzil bin Idris, Pelatih Terbaik Kawat dan Pelatih Terbaik Keseluruhan dinobatkan kepada Pelatih Fazrizan bin Idris.

Ucapan Perasmian...YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Timbalan Ketua Polis Pahang membaca teks ucapan YDH Ketua Polis Negara di Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Resorts World Berhad Siri 4/2007

YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Timbalan Ketua Polis Pahang menyampaikan cenderamata kepada Pelatih Terbaik Keseluruhan, Pelatih Fazrizan bin Idris