Pelajar Persatuan Pengurusan Awam Uum Ke Bukit Aman
Bukit Aman - 3 Disember 2007. Seramai 29 orang Pelajar Persatuan Pengurusan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Ketibaan rombongan pada jam 8.00 pagi itu di Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman, telah disambut oleh warga Cawangan Perhubungan Awam PDRM dan seterusnya dijamu dengan sarapan pagi.
Menurut Pengarah Projek Cik Nurul Haslinda Hairudin, tujuan lawatan tersebut sebagai suatu pendedahan mengenai struktur dan organisasi PDRM sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang yang menjamin keselamatan dan keamanan negara.
Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam, telah menyampaikan taklimat kepada delegasi mengenai Struktur Organisasi dan Peranan PDRM.

Delegasi Pelajar Persatuan Pengurusan Awam UUM Sintok Kedah bergambar kenangan bersama Supt. Rasdi Ramli Penguasa Perhubungan Awam PDRM