Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.22 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Majlis pada pagi ini adalah satu upacara yang diadakan khas sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan oleh pasukan dan negara kepada D/Kpl 118930 Chandran a/l Dhanaraj..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyampaian-anugerah-kenaikan-pangkat-secara-medan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:41 MYT
Kajang - 30 November 2007. Majlis Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan telah dilangsungkan di  Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat Sarjan kepada Detektif Koperal 118930 Chandran a/l Dhanaraj telah disampaikan oleh YDH Dato' Ramli bin Shaari, Pengarah Cawangan Khas PDRM.

Hadir dimajlis tersebut ialah YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor. Turut hadir, YB Dato' Markiman bin Kobiran, Ahli Parlimen Kawasan Hulu Langat, YB Dato' Yap Pian Hon, Ahli Parlimen Kawasan Serdang, YB Datin Paduka Low Lee Leng, Adun Kawasan Kajang, Y.Bhg Dato' Hassan Nawawi bin Abd. Rahman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, , Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah, Dif-dif-jemputan dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Majlis pada pagi ini adalah satu upacara yang diadakan khas sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan oleh pasukan dan negara kepada D/Kpl 118930 Chandran a/l Dhanaraj di atas prestasi tugas yang cemerlang serta keberanian yang telah ditunjukkan oleh beliau semasa menjalankan tugas. Sehingga kini seramai tujuh orang yang masih berkhidmat di dalam PDRM telah dianugerahkan kenaikan pangkat secara medan.

Semasa beliau menjalankan siasatan sulit,  beliau telah berjaya menumpaskan dua orang penjenayah yang bersenjatakan 2 bilah parang dan sepucuk pistol  dimana penjenayah telah melepaskan tembakan dan mengenai bahu beliau, semasa melakukan rompakan disebuah pusat hiburan di Kajang pada 6 Oktober 2007. Tindakan D/Kpl Chandran a/l Dhanaraj dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berani, pantas berfikir dan segera bertindak tanpa menghiraukan keselamatan dirinya, telah menaikkan imej PDRM dimata masyarakat. Sikap terpuji itu harus dicontohi serta perlu ada dalam setiap sanubari pegawai dan anggota PDRM. Semoga penghormatan dan pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi semangat dan dedikasi setiap warga PDRM untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Majlis Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan
Tahniah...YDH Dato' Ramli bin Shaari, Pengarah Cawangan Khas PDRM dengan diiringi YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor menyematkan pangkat Sarjan kepada Detektif Koperal 118930 Chandran a/l Dhanaraj

Majlis Penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat Secara Medan
YDH Dato' Ramli bin Shaari mengemaskan selempang yang dipakaikan kepada Detektif Koperal 118930 Chandran a/l Dhanaraj. Selain itu Surat Penghargaan dan Hadiah Saguhati juga turut disampaikan.
ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.22 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM