Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pemergian 3 pegawai dan 17 anggota ke Misi PBB UNAMID Sudan (United Nations African Union Mission In Dafur ) dan 3 anggota ke Misi PBB UNMIS (United Nations Mission In Sudan) bagi tempoh satu tahun in..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-meraikan-pelepasan-pegawai-dan-anggota-pdrm-ke-sudan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:46 MYT

Sepang - 13 Januari 2010. Majlis meraikan pelepasan seramai 23 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNAMID/UNMIS Sudan telah berlangsung di Bilik VIP, Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Pemergian 3 pegawai dan 17 anggota ke Misi PBB UNAMID Sudan (United Nations African Union Mission In Dafur ) dan 3 anggota ke Misi PBB UNMIS (United Nations Mission In Sudan) bagi tempoh satu tahun ini adalah bagi menggantikan 19 UNPOL (United Nations Police Officer) yang telah pulang ke tanah air pada 15 September 2009 yang lalu. Misi UNAMID di Sudan telah dimulakan pada tahun 2008 dan UNMIS pula pada tahun 2006.

Penugasan sebagai UNPOL untuk Misi UNAMID adalah sebagai 'Pemerhati Polis' kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa manakala penugasan UNMIS  adalah bagi membantu perlaksanaan pilihanraya negara Sudan yang dujangka di adakan pada bulan Februari 2010.

Penglibatan Polis Diraja Malaysia dalam Misi PBB telah bermula dengan penghantaran 14 pegawai dan anggota pada 13 Ogos 1991 lagi. Ianya berterusan sehingga kini dengan jumlah pegawai dan anggota yang sedang bertugas di misi PBB pada masa ini adalah seramai 243 orang. Sehingga kini, sejak tahun 1991 , PDRM telah menghantar 2,996 pegawai dan anggota di 12 buah negara meliputi Angola, Kemboja, Sahara, Croatia, Somalia, Afganistan, Sierra Leone, Bosnia Herzegovina, Mozambique, Kosovo, Timor Leste dan juga negara Sudan.

Pelepasan  seramai 23 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia ke Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan). Hadir sama di majlis ialah YDH ACP Azam bin Abd Hamid, ACP Pentadbiran 1 Jabatan Pengurusan  dan YDH Supt. Ramli bin Mohammed Yoosuf, Ketua Pegawai Turus Istiadat serta Pegawai-pegawai kanan PDRM.

"Bertugaslah dengan penuh berhati-hati, sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang di bawah bendera PBB, jagalah etika, pamerkan mutu disiplin yang tinggi, bertugaslah dengan profesional, berintegriti dan berhemah" kata YDH Dato' Mortadza.

YDH Dato' Mortadza juga meningatkan semua pegawai dan anggota yang bertugas dgn Misi PBB supaya tidak ingkar dan membelakangi peraturan yang boleh ditafsirkan  sebagai melanggar tatatertib, sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan bertarikh 21 Disember 2007, melalui Arahan Pentadbiran Bilangan 15/2007, berhubung salah laku pegawai dan anggota PDRM semasa bertugas di Misi Pengaman PBB.

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan
Memeriksa dokumen sebelum berlepas...

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan
Teks ucapan Pengarah Pengurusan yang dibacakan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan
Bacaan Ikrar yang diketuai oleh DSP Leow Kean Heong

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan
Bacaan doa selamat, semoga selamat berangkat dan selamat menjalankan tugas.

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan
Jamuan pagi...

Majlis Meraikan Pelepasan Pegawai Dan Anggota Pdrm Ke Sudan
YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene mengucapkan selamat menjalankan tugas...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM