Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 16 Mei - YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar hari ini menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar yang akan se..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:55 MYT
KUALA LUMPUR, 16 Mei - YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar hari ini menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalannya YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar yang akan secara rasmi memulakan tugas baharunya sebagai peneraju Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok. Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak, di sini itu turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim. 

YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar yang menyertai PDRM pada 1971, dilantik sebagai Ketua Polis Negara mulai 13 Sept 2010 sebelum bersara wajib pada 2011. Pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak tamat hari ini.

Pada majlis sama, acara menandatangani surat serah dan terima jawatan turut berlangsung antara YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuat kuasa esok. 

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas peluang yang telah diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM. 

Menurutnya, kenangan dan pencapaian sepanjang berkhidmat menerajui PDRM tidak akan dilupakan, terutama dalam menangani ancaman pengganas di pantai timur Sabah dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia. 

Saya amat berpuas hati dengan pencapaian PDRM terutama dalam soal menurunkan indeks jenayah. "Dan apa yang tidak dapat saya lupakan ialah cabaran menangani pengganas di Sabah beberapa bulan lepas yang mana saya dan YDH Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) cuba sedaya upaya kami menumpaskan pengganas seterusnya mengekalkan keselamatan negara," katanya. 

Terdahulu, ketibaan beliau pada kira-kira 8.30 pagi disambut dengan persembahan kumpulan pancaragam PDRM serta kira-kira 5,000 pegawai dan anggota polis di Dataran Kawad Pulapol. 

Sepanjang kariernya di PDRM, beliau pernah menyandang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa di Mahkamah Ipoh, Perak pada 1994, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (1996) dan Ketua Penolong Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2005). 

Jawatan lain ialah Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman (2005), Ketua Polis Selangor (2006), Pengarah Pengurusan Polis Bukit Aman (2007), Timbalan Ketua Polis Negara (2007) dan Ketua Polis Negara (2010). - BERNAMA

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Ketibaan YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Sepanjang acara perbarisan.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Deklamasi sajak dan syair yang meruntun hati...

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis NegaraMajlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Sesi menandatangani serah terima tugas.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Sesi penyampaian cenderamata.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Sesi serah terima tugas pengerusi PERKEP.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar menyampaikan ucapan.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar menyampaikan ucapan.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Sesi sidang media.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Beramah mesra bersama tetamu-tetamu yang hadir.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Diarak penuh istiadat.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Menandatangani buku melawat di Pos Pengawal PULAPOL Kuala Lumpur.

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara
Memberikan lambaian selamat tinggal.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM