Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kunjungan Hormat Delegasi Esscom

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada pagi ini, bertempat di Bilik Tetamu, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman, Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Datuk Mohamm..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-delegasi-esscom
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:54 MYT
Kunjungan Hormat Delegasi ESSCOM

oleh  : Sjn Zaiddin Dahalan
foto  : L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan

Bukit Aman – 15 Mei 2013. Pada pagi ini, bertempat di Bilik Tetamu, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman, YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Datuk Mohammad bin Mentek, Ketua Pengarah ESSCOM.

Turut sama mengiringi Datuk Mohammad ialah barisan Pengarah ESSCOM, YDH DCP Datuk Abdul Rashid Harun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, YDH DCP Datuk Ahmad Nadzer Nordin (PDRM), Pengarah Bahagian Perisikan 1, Mej Jen Datuk Abdul Halim Jalal daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pengarah Bahagian Pertahanan, Mej Jen Datuk Mohd Noor Osman (ATM), Pengarah Bahagian Perisikan II dan Mohamed Zahari Razali (Pegawai Tadbir Diplomatik), Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Awam.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mac 2013, untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur Sabah, merangkumi 10 daerah sepanjang 1,400 kilometer iaitu daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak Semporna dan Tawau.

Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara menerima Kunjungan Hormat daripada Datuk Mohammad bin Mentek, Ketua Pengarah ESSCOM.

Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Datuk Mohammad bin Mentek menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara

Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
YDH Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada Datuk Mohammad bin Mentek

Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Menandatangani Buku Pelawat

Gambar sepanjang majlis...
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom
Kunjungan Hormat Delegasi Esscom

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM