KUALA LUMPUR, 10 Mei 2013 –
Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) telah menerima satu kunjungan muhibah
daripada Persatuan Keluarga Angkatan Tentera malaysia (BAKAT) di Dewan
Banquet, PULAPOL Kuala Lumpur. Delegasi diketuai oleh Y.Bhg Puan Sri
Datin Sri Umi Kalsom binti Wan Awang. Ketibaan delegasi disambut mesra
oleh Y.Bhg Puan Sri Datin Sri Hjh Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi
PERKEP Malaysia.
Tujuan
majlis diadakan untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara
ahli-ahli BAKAT dan PERKEP yang sudah terjalin sejak sekian lama. Majlis
sambutan diserikan lagi dengan pelbagai acara seperti persembahan oleh
ahli PERKEP dan ahli BAKAT.
Gambar sepanjang majlis.