Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
' Sesungguhnya PDRM, kerajaan dan masyarakat adalah central trinity dalam kehidupan saya dan saya sentiasa berpaksikan kepada konsep ' democratic policing ' dalam menyumbang kepada pendekatan untuk me..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-jawatan-timbalan-ketua-polis-negara-20140611
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:01 MYT

Bukit Aman, 14 April 2011- " Sesungguhnya PDRM, kerajaan dan masyarakat adalah central trinity dalam kehidupan saya dan saya sentiasa berpaksikan kepada konsep " democratic policing " dalam menyumbang kepada pendekatan untuk memartabatkan status polis sebagai penguatkuasa undang-undang terunggul di tanah air. Begitulah keadaannya, saya tidak mahu melihat organisasi PDRM diperkotak - katikkan oleh segelintir rakyat yang mempunyai agenda untuk menghuru-harakan kestabilan dan keamanan Negara" kata- kata amanat yang disampaikan oleh YDH Datuk Hussin bin Hj Ismail sempena Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara serta Naib Pengerusi PERKEP Malaysia di Mes Pegawai, Bukit Aman.

Setelah 7 bulan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, jawatan Timbalan Ketua Polis Negara akan disandang oleh YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia. 

Justeru itu, jawatan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh Datin Nur Habibah binti Hatim akan diambil alih oleh Datin Imran binti Ibrahim sebagai Naib Pengerusi PERKEP yang baru.

Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas disaksikan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Hajjah Suriati binti Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia.

"Keadaan sekarang amat berbeza daripada dahulu dan saya menyeru warga PDRM supaya kita mengubah paradigma dan beralih sikap serta menyusun langkah ke arah kecemerlangan yang berterusan. Langkah ke arah profesionalisme dan kemajuan harus dipercepatkan bagi memastikan PDRM tidak ketinggalan dalam zaman perkembangan teknologi yang pesat ini " akhiri ucapan beliau petang ini.

Turut hadir pada Majlis Serah dan Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara serta Naib Pengerusi PERKEP Malaysia pada petang ini ialah YDH Pengarah - Pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan Polis, Pegawai Awam PDRM dan Ahli PERKEP PDRM serta wakil-wakil media.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara

Ketibaan YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar yang bakal diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraYDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter/Terrorism)

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraY.Bhg. Dato' Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan KDN bersama YDH Ketua Polis Negara di bilik tetamu Mess Pegawai Kanan Bukit Aman

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraMenandatangani dokuman serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraPenyerahan Dokumen Serah Terima Tugas disaksikan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraMenandatangani dokuman serah terima tugas jawatan Naib Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraPenyerahan Dokumen Serah Terima Tugas disaksikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraBergambar kenangan bersama YDH Ketua Polis Negara

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraBergambar bersama Y.Bhg. Pengerusi PERKEP Malaysia

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis NegaraSidang media ...

Wartawan   : Konst Norliza binti Basrah
Jurufoto     : L/kpl Shareel bin Shariman, L/Kpl Edwind Indo dan L/Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM