Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tahniah Di Atas Perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara Yang Baru

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.07 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tahniah-di-atas-perlantikan-timbalan-ketua-polis-negara-yang-baru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:48 MYT
Tahniah Di Atas Perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara Yang Baru

Bukit Aman - 14 April 2011. Tahniah Dato' di atas perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baru.

YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban, Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau menceburi PDRM sebagai Inspektor pada 5 Disember 1976 di PULAPOL Kuala Lumpur. Setelah tamat latihan kepolisan, pada 4 Julai 1977 beliau memulakan kerjayanya  di Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman sebagai Inspektor Pasukan Bertindak. Pada 1 Disember 1986 beliau dinaikkan ke pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) dan bertugas sebagai Aide De-Camp (ADC) Timbalan Ketua Polis Negara.

Pada 1 Mei 1989, beliau dinaikkan ke pangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) dengan jawatan Timbalan Ketua Jabatan Narkotik Kuala Lumpur. Pada 2 September 1996, dengan berpangkat Superintendan, beliau menjawat pelbagai jawatan seperti Pegawai Turus Operasi/Siasatan, Kuala Lumpur, Ketua Jabatan Narkotik Kedah, Pegawai Turus Risikan Dalam Negeri, JSJN serta Ketua Jabatan Pengurusan, IPK Pahang.

Pada 2 Januari 2003, beliau dinaikkan pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) dan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Kuantan pada 28 Jun 2003. Pada 2 Ogos 2004, beliau dinaikkan pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC II). Pada 16 Disember 2005, beliau berpangkat SAC I ketika menjawat jawatan Ketua Polis Negeri Sembilan dan Timbalan Pengarah JSJ I. Sehinggalah pada 1 November 2006, beliau dimajukan ke pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP),dan seterusnya pada 2 Julai 2007 beliau menjawat jawatan Ketua Polis Selangor.

Tarikh 20 Oktober 2010, beliau dimajukan ke pangkat Komisioner Polis (CP) dan telah diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) yang dikosongkan setelah YDH Datuk Hussin Bin Hj. Ismail dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 September 2010.

Sepanjang perkhidmatannya, YDH Dato' Khalid telah menjalani pelbagai kursus dan seminar sama ada di dalam atau luar negara, di antaranya termasuklah di Jepun, Thailand dan Australia.
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.07 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM