Artikel
Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun
YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong telah menyampaikan sumbangan PDRM dari kutipan derma pegawai, anggota serta masyarakat setempat kepada Ketua Sami Sanghanayaka M...
Brickfields, Kuala Lumpur - 15 April 2011. Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun telah berlangsung di Wisma Dhamma Cakra, Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields.
Hadir di upacara tersebut ialah YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas, Pegawai-pegawai Kanan, anggota, kakitangan awam serta masyarakat setempat.
Di majlis itu juga, YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong telah menyampaikan sumbangan PDRM dari kutipan derma pegawai, anggota serta masyarakat setempat kepada Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero, Ti Ratana Welfare Society dan 4 orang penerima sumbangan.
Majlis dimulai oleh ucapan alu-aluan oleh YDH SAC Dato' Kong Hien Nigh, Ketua Penolong Pengarah (Bhg. Ancaman Ekstremis Ekonomi) Cawangan Khas merangkap Pengerusi Majlis Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204. Seterusnya ucapan dan khutbah oleh Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero dan di akhiri oleh ucapan oleh YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong.
Setelah selesai sesi bergambar, acara disambung dengan upacara memuja Buddha di di Shrine Hall dan pemberian dana dan di akhiri dengan jamuan makan tengahari di Dewan P.H. Hendry.

Ketibaan YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas ke Wisma Dhamma Cakra, Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields

Perjumpaan bersama Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero

Bermulanya upacara sembahyang...

Ucapan alu-aluan oleh YDH SAC Dato' Kong Hien Nigh

Ucapan oleh YDH DCP Dato' Leo Chong Cheong, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas

Sumbangan kepada Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields.

Sumbangan kepada Ti Ratana Welfare Society

Antara Ahli Jawatankuasa yang terlibat...

Bergambar kenangan di hadapan Wisma Dhamma Cakra
Gambar sekitar berlangsungnya Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun
















Wartawan / Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan