Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan di antara YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani dan YDH Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan(Latihan) disaksikan oleh YDH ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-jawatan-pengarah-pengurusan-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:56 MYT
Bukit Aman, 26 Ogos 2011 - "Kita semua bantu-membantu memperkasakan diri dan pasukan yang kita cintai ini. Elemen support atau sokongan secara total, iaitu sama ada daripada kalangan di bawah hierarchy kita atau golongan pamimpin di atas kita adalah sangat penting untuk menjamin dinamisma organisasi serta individu." begitulah antara ucapan YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan di Mess Pegawai Bukit Aman.

Keistimewaan pada pagi ini adalah diri YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani sendiri, seorang pegawai kanan wanita yang telah memegang satu daripada lapan jawatan tonggak dalam pasukan.  Ia sekali gus mengubah lanskap pengurusan sumber manusia PDRM.  Selain daripada menjadi ikon wanita, turut melambangkan konsep pasukan mengambil kira soal "equal opportunity" kaum wanita berdasarkan kredibiliti seseorang.


Perkhidmatan beliau dalam PDRM merupakan satu nukilan sejarah baru pasukan kerana berjaya merangkul juara pertama dalam lima kategori polis wanita - sebagai Platun Komander; sebagai Ketua Polis; sebagai pemegang pangkat Komisioner; sebagai Pengarah; serta Setiausaha Agung PERKEP Malaysia tempoh terpanjang.


Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan di antara YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani dan YDH Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) disaksikan oleh YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara pada pagi ini. Turut berlangsung dalam majlis ini ialah Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan serta pelancaran buku "Permata Polis Diraja Malaysia" iaitu buku biografi mengenai YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani, yang banyak mengandungi latar belakang, pengalaman serta kejayaan beliau "breaking the glass ceiling" dalam mencipta sejarah Polis Wanita PDRM.


Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan berlangsung.
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Pelancaran Buku Permata.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Ucapan YDH Dato Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Ucapan YDH Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM.

Sesi Bergambar Bersama YDH Dato' Robiah.
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Pdrm



Jurufoto   : Konst Raymond
Wartawan  : L/Kpl Norliza, Konst Raymond
Penyunting : ASP Foo C.S.

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM