Kuala Lumpur - 26 Ogos 2011. Ramadan kini di dalam 4 hari terakhirnya umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semangat untuk menyambut hari kebesaran ini satelah sebulan menunaikan ibadah puasa, kian terasa bagi warga Polis Diraja Malaysia. Namun suasana tersebut tidak dapat dikecapi oleh segelintir warga Polis Diraja Malaysia yang memikul amanah menunaikan tanggungjawab, bertugas semasa hari lebaran tersebut, samada di dalam negara maupun yang bertugas di luar negara.
Bermula jam 1.00 pagi hinggga jam 5.00 pagi tadi, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah turun padang, mengadakan program 'Singgah Sahur' dengan melawat beberapa cawangan di bawah Jabatan Logistik yang tetap bertugas 24 jam, walaupun pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
'Singgah Sahur' ini bermula di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan melawat pegawai dan anggota serta pegawai awam yang bertugas di Pusat Komunikasi, Menara 1 dan juga Bahagian Teknologi Maklumat di Menara 2, Bukit Aman.
Saterusnya, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik telah melawat Cawangan Logistik Persenjataan dan Cawangan Logistik Pengangkutan IPK Kuala Lumpur yang terletak di Balai Polis Pudu dengan menaiki bas PDRM.
'Singgah Sahur' berakhir dengan melawat Bahagian Komunikasi, Maktab PDRM Kuala Lumpur. YDH Pengarah Jabatan Logistik juga telah diberikan taklimat oleh Pegawai Bertugas Cawangan Komunikasi.
Di kesempatan ini juga, YDH Pengarah Jabatan Logistik telah bersahur bersama-sama pegawai dan anggota yang bertugas. Sempena lawatan tersebut juga, YDH Pengarah Jabatan Logistik telah mengagihkan juadah untuk bersahur dan bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai dan anggota serta beramah mesra bersama mereka, mengeratkan lagi silaturrahim dan melihat sendiri penugasan-penugasan yang di jalankan.
Turut mengiringi YDH Pengarah Jabatan Logistik ialah YDH SAC Dato' Aidi bin Ismail, Timbalan Pengarah II (Kew/Bekalan), YDH SAC Dato' Rosli bin Ab. Rahman, Timbalan Pengarah III (Tek Maklumat/Komunikasi), YDH SAC Dato' Azri bin Ahmad, Ketua Pen. Pengarah (Pengangkutan), Ketua-ketua Penolong Pengarah Logistik dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Logistik.
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik bersama delegasi dari Jabatan Logistik di program 'Singgah Sahur'
Menaiki bas PDRM untuk melawat beberapa cawangan Jabatan Logistik yang bertugas 24 jam...
Menyampaikan juadah bersahur untuk anggota Kem Komandan yang bertugas di Lobi Menara 1, Bukit Aman
Tidak dilupakan...Juadah bersahur untuk anggota Kem Komandan Menara 2, Bukit Aman
Lawatan ke Pusat Komunikasi
Bahagian Teknologi Maklumat
Cawangan Logistik Persenjataan
Cawangan Logistik Pengangkutan
Beramah mesra dengan anggota bertugas.
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Singgah Sahur
YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik PDRM telah turun padang, mengadakan program 'Singgah Sahur' dengan melawat beberapa cawangan di bawah Jabatan Logistik yang teta..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/singgah-sahur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.