Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah diadakan di Masjid Bukit Aman. Seramai 120 orang peserta telah menyertai program bacaan Al-Quran yang bermula 1 hingga 25 Ramadhan...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-khatam-al-quran-peringkat-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:49 MYT

Bukit Aman - 25 Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Bukit Aman telah diadakan di Masjid Bukit Aman. Seramai 120 orang peserta telah menyertai program bacaan Al-Quran yang bermula 1 hingga 25 Ramadhan. Majlis Khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Y.Bhg. Ustaz Zainol bin Abd. Jalil, Penolong Ketua Imam Masjid Bukit Aman.

Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Masjid Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman. Pada tahun ini juga, terdapat peningkatan peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan awam dari seluruh Jabatan PDRM. Peserta-peserta ini dipecahkan kepada 10 kumpulan dan seorang ustaz dari BAKA mengetuai setiap kumpulan tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YDH DCP Dato' Hj. Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama Dan Kaunseling), Pegawai-pegawai kanan, Anggota-angota dan Kakitangan Awam PDRM Bukit Aman.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YDH DCP Dato' Hj. Zamri bin Yahya kepada setiap peserta.

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman
Dari kiri... Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Supt. Urus Setia BAKA, YDH DCP Dato' Haji Zambry bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman, Y.Bhg Ustaz Zainol bin Abd. Jalil, Penolong Ketua Imam Masjid Bukit Aman, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah  Pengurusan (Agama Dan Kaunseling) Bukit Aman dan Y.Bhg Ustaz Azizan Shaari, Ketua Penolong Pengarah (Agama)

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman
Antara yang hadir

Penyampaian Cenderahati
Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Bukit Aman


Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Shahreel bin Shariman

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM