Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik

Published: 11 Jun 2014 3.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
' Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran', ucap YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-jawatan-pengarah-jabatan-kdn-ka-dan-pengarah-jabatan-logistik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:29 MYT
Bukit Aman - 20 Mei 2011. "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran", ucap YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Ungkapan tersebut dipetik oleh YDH Ketua Polis Negara daripada sabda Rasulullah, untuk mengingatkan kepada semua hadirin yang hadir mengenai pentingnya menjaga amanah yang telah diberikan.

"Bekerjalah secara 'team work' yang ikhlas, berkesan dan progresif bagi memacu PDRM ke tahap yang lebih cemerlang, kita bina dan bentuk modal insan yang berilmu, berintegriti, berani dan tidak menjadi liabiliti kepada pasukan dan negara', ucap beliau lagi di Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dan Pengarah Jabatan Logistik di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman pada pagi ini.

Upacara pagi ini disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara yang turut dihadiri oleh Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Sri Imran binti Ibrahim, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Penganjur Majlis, YDH Dato'-Dato' Pengarah serta isteri, Pegawai-pegawai Kanan, Ahli-ahli PERKEP dan wakil-wakil media.

YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Pengarah (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan LTAB) dan YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik menjawat jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Di majlis ini juga, Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari akan memegang jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/Ka dan Y.Bhg Datin Noraini binti Abd Jalil pula akan memegang jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik.

YDH Ketua Polis Negara juga berharap Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi menjayakan segala perancangan dan program aktiviti PERKEP di jabatan masing-masing.

"Jagalah kesihatan kita,  keluarga kita dan sayangi mereka serta didiklah anak-anak dengan memberi ilmu dan pendidikan yang terbaik supaya mereka  akan menjadi orang yang berguna kepada masyarakat dan negara".

"Dengan lengkapnya semua barisan Pengarah PDRM yang berkaliber dan berdedikasi pada masa sekarang, besarlah harapan saya bahawa fungsi PDRM, segala dasar dan agenda yang telah digariskan oleh pasukan akan dapat mencapai matlamat dan objektif, dan PDRM akan bergerak maju ke hadapan dan mampu mengatasi agensi kerajaan yang lain dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat".

"Don't look for the next opportunity, the one you have in hand is the opportunity, so do your level best to make the most out of it", pesanan untuk direnungi bersama oleh YDH IG Tan Sri Haji ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara pada pagi ini.


Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) dan Pengarah Jabatan Logistik di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Majlis Serah Terima Tugas antara YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Serah Terima Tugas antara YDH DCP Dato' Zubaidah binti Md. Ismail, Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik dengan YDH CP Dato' Zulkifli bin Abdullah.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan KDN/KA antara Y.Bhg. Puan Sri Imran binti Ibrahim dengan Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP) menandatangai dokumen sebagai saksi jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
dari kiri...YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan, Y.Bhg Hajah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Diraja Malaysia (PERKEP), Y.Bhg. Puan Sri Imran binti Ibrahim, Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari dan Y.Bhg Datin Noraini binti Abd Jalil

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Ucapan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Kdn Ka Dan Pengarah Jabatan Logistik
Sidang Media...


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArticlePublished 11 Jun 2014 3.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM