Artikel
Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program Community Policing
Program 'Community Policing' yang dianjurkan ini adalah serampang dua mata, bertujuan untuk meningkatkan tahap permuafakatan di antara anggota Balai Polis Remb...
Rembau, Negeri Sembilan -
22 Mei 2011. "Terima kasih di atas usaha-usaha yang dijalankan oleh
pihak penganjur dengan kerjasama Balai Polis Rembau dan agensi-agensi
kerajaan, memastikan Rembau berada dalam keadaan yang selamat, selesa,
bersih serta berjaya mengeratkan hubungan akrab sentiasa terjalin tanpa
mengira agama dan bangsa", ucap YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris, ADUN
Kawasan Chembong ketika merasmikan Gotong Royong Perdana Pekan Rembau
Sempena Program 'Community Policing' pada pagi ini.
Program 'Community Policing'
yang dianjurkan ini adalah serampang dua mata, bertujuan
untuk meningkatkan tahap permuafakatan di antara anggota Balai Polis
Rembau dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan dan juga seluruh
persatuan-persatuan di Pekan Rembau.
Sambil anggota-anggota Balai Polis Rembau mengedarkan risalah-risalah pencegahan jenayah kepada pengguna-pengguna kenderaan di Pekan Rembau, komuniti Pekan Rembau seramai lebih kurang 150 orang ini pula bekerjasama membuat gotong royong, membersih keseluruhan Pekan Rembau.
Antara NGO dan persatuan-persatuan yang terlibat pada pagi ini ialah MCA Cawangan Rembau, KRT Pekan Rembau, Persatuan Taiji Rembau, Kelab Saudagar-Saudagar Cina Rembau, Combi Pekan Rembau, Persatuan Buddha Rembau dan Persatuan Murid-Murid Tua Yuh Hua Rembau dan SWM Rembau Berhad.
Agensi-agensi kerajaan yang terlibat ialah Majlis Daerah Rembau, Pejabat Kesihatan Daerah Rembau dan Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.
"Saya merasa amat gembira dan berbangga sekali atas kerjasama semua pihak, terutama sekali oleh pihak polis Balai Rembau yang mana telah memberikan sokongan penuh dalam merealisasikan program yang dianjurkan pagi ini. Telah terbukti bahawa Gagasan 1 Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri adalah berkesan dan dapat merapatkan hubungan polis dengan masyarakat, sekaligus berjaya mengurangkan kadar jenayah setempat. Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kita semua", akhiri ucapan oleh YB Tuan Zaiful Bahri, ADUN Kawasan Chembong.
Ucapan wakil penganjur, Yang Berusaha Encik Tee Chin Shan
Antara komuniti Pekan Rembau yang hadir...
Bersama-sama bermuafakat, menjayakan program pada pagi ini...
Antara yang turut hadir...
Ucapan Perasmian Gotong Royong Perdana Pekan Rembau Sempena Program 'Community Policing' oleh YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris, ADUN Kawasan Chembong.
Penyampaian cenderahati kepada YB Tuan Zaiful Bahri bin Idris
Cenderahati kepada SM Alias bin Sulaiman, Ketua Polis Balai Rembau
Cenderahati juga kepada Y.Bhg Tuan Haji Anuar bin Haji Mohamad, wakil khas Ahli Perlimen Rembau.
Bergambar kenangan sebelum memulakan gotong royong
Anggota-anggota polis yang turut terlibat...
Mengedarkan risalah-risalah Pencegahan Jenayah kepada pengguna-pengguna jalan raya.
'Buku nota NKRA - Memerangi Jenayah' juga turut di edarkan sebagai panduan pencegahan jenayah
Gambar sekitar gotong royong
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan