Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Negara yang berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-serah-terima-tugas-jawatan-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:49 MYT
Bukit Aman - 8 September 2010. Majlis Serah Dan Terima Tugas Dan Jawatan Ketua Polis Negara telah berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman. Majlis ini dihadiri oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan bersama Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmafd, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd Sobri, Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Dato'-dato' Pengarah Jabatan PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Dif-dif jemputan serta wakil-wakil media.

Jawatan Ketua Polis Negara ini telah disandang oleh Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan selama 4 tahun sejak 12 September 2009. YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan telah berkhidmat dalam PDRM selama 41 tahun sejak 11 November 1969 bermula dengan pangkat Inspektor Percubaan. Selama 41 tahun dalam PDRM, beliau telah berkhidmat dengan 4 Jabatan PDRM termasuk 4 tahun sebagai Ketua Polis Negara.

Pada hari ini, beliau telah menamatkan tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara dan menyerahkan tugas ini kepada Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar untuk menyambung tanggungjawab sebagai pemimpin dan orang terpenting dalam PDRM.

Dalam majlis ini, upacara menandatangani Dokumen Serah Dan Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan dan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood Adam.

Majlis serah dan terima tugas di akhiri dengan sesi bergambar bersama dengan semua Pengarah-Pengarah Jabatan, Timbalan pengarah dan semua Pegawai Kanan Polis.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara
Majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan menyerahkan Dokumen Serah/Terima Tugas kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara
YDH Tan Sri Musa bin Haji Hassan memberikan ucapan dan nasihat beliau yang terakhir kepada PDRM

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara
Sesi bergambar bersama Pengarah-pengarah Jabatan PDRM yang hadir.

Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara
Sesi bergambar sebelum berakhirnya Majlis Serah/Terima Tugas.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM