Artikel
Kempen Balik Kampung Musim Perayaan
Ampang - 3 Septermber 2010. Satu Kempen Balik Kampung Musim Perayaan telah berlangsung di Padang Bola Sepak, Taman Kosas Ampang, Selangor..
Ampang
- 3 September 2010. Kegiatan pecah rumah kerap berlaku apabila tiba
musim perayaan. Ini kerana rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni
sehingga beberapa hari.
Oleh itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengadakan Kempen Balik Kampung Musim Perayaan yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Taman Kosas Ampang, Selangor. Kempen ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Abd Jalil Hassan.
Turut hadir di majlis Kempen Balik Kampung Musim Perayaan ini adalah Encik Ee Ah Juan, Pengerusi Rukun Tetangga Taman Putra, Ampang, Encik Yusof Abu Bakar, wakil penduduk Bukit Antarabangsa, Encik Manjit Singh daripada Persatuan Pusaka Hata Industrial Park dan Encik Fauzan bin Ismail dari Pengerusi Persatuan Penduduk Ampang Indah.
Kempen ini diadakan bertujuan mengedarkan borang mengosongkan rumah kepada wakil-wakil serta penduduk di kawasan Taman Kosas sebagai langkah polis untuk meningkatkan tahap keselamatan kediaman penduduk yang akan meninggalkan rumah masing-masing sempena sambutan Hari Raya Adilfitri yang akan tiba. Di samping itu juga, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah mengagihkan bubur lambuk sambil beramah-mesra bersama penduduk sekitar Taman Kosas bagi mengeratkan lagi hubungan antara polis dengan masyarakat setempat.
Selain itu, Balai Polis Daerah Ampang Jaya juga turut menyediakan ruangan pameran gambar kejadian jenayah, pameran kenderaan balai polis bergerak dan pameran helikopter yang diterbangkan khas daripada Pangkalan Udara Sungai Besi. Para pengunjung berpeluang untuk naik dan meninjau keadaan di dalam helikopter.

YDH ACP Abd Jalil Hassan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya dan C/INSP Zahirudin bin Baharum bersama pegawai kanan Polis memulakan kempen..

YDH ACP Abd Jalil Hassan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya bersama wartawan...

Penduduk bergambar kenangan bersama YDH ACP Abd Jalil Hassan..

YDH ACP Abd Jalil Hassan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya menyerahkan borang mengosongkan rumah kepada wakil penduduk.

Pengalaman menaiki helikopter oleh pengunjung yang hadir..

Pengunjung melihat pameran yang turut di adakan

Bergambar bersama wakil-wakil penduduk..