Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah l Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam mewakili YDH CP Dato' Hussin bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Da..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-ydh-dcp-dato-abd-rahman-bin-hussin-ke-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:14 MYT
Tapah - 8 September 2010. YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam mewakili YDH CP Dato' Hussin bin Hj Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam mengadakan 'Lawatan Kerja' dan menyampaikan juadah berbuka puasa kepada semua petugas OPS SIKAP Ke-22 di Slim River dan Tapah, Perak.

Turut hadir di dalam rombongan lawatan kerja itu adalah YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Y.Bhg Dato' Hj. Abdul Halim bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Y.Bhg Dato' Mustafa Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Rela Malaysia, Y.Bhg Encik Mohd Fuad Khusairi, Pengurus Besar Kanan Operasi PEB, YDH Supt Wan Abdullah bin Ishak, Ketua Trafik Kontinjen Perak, YDH Supt. Roslan Bek, Ketua Polis Daerah Tapah, Y.Berusaha Tn Hj Zakaria Sahfie, Pengurus PLUS Wilayah Tengah, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, anggota JPAM, RELA, Bomba, Bulan Sabit Merah dan PLUS.

Sepanjang lawatan kerja ini, lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada pelbagai badan kerajaan dan swasta yang terlibat di dalam OPS SIKAP Ke-22 telah menerima sumbangan daripada PDRM dengan kerjasama TM dan  PLUS.

YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin  mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua kakitangan dan ucapan terima kasih kerana menjalankan tugas dengan sempurna sepanjang Ops Sikap Ke-22 Tahun 2010. YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin  juga berharap agar dengan usaha yang dijalankan ini, kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin, Timbalan Pengarah I Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam PDRM juga telah berbuka puasa bersama tetamu yang hadir dan menunaikan dan solat Terawih di Ibu Pejabat PLUS Ronda - Tol Tapah, Perak.

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersalaman dengan anggota Trafik Slim River.

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
YDH Supt. Rasdi bin Ramli, Penguasa Perhubungan Awam bersama Y.Bhg Dato' Hj. Abdul Halim bin Abdul Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), menunggu ketibaan YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
Ketibaan YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin disambut oleh Ketua Pengarah JPAM

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin bersalaman dengan petugas-petugas OPS SIKAP Ke-22 di Ibu Pejabat PLUS Ronda - Tol Slim River.

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin menandatangani Buku Lawatan Ibu Pejabat Ronda Tol Slim River.

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
Penyerahan juadah Hari Raya oleh YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin kepada anggota polis yang bertugas semasa OPS SIKAP Ke-22

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
Anggota Trafik IPD Tapah yang bertugas sempena Ops Sikap Ke-22

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
Y.Bhg Dato' Hj. Abdul Halim bersama YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin bersama-sama mengagihkan juadah Hari Raya kepada petugas-petugas OPS SIKAP Ke-22

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
YDH DCP Dato' Abd Rahman bin Hussin menyampaikan kata-kata aluan di Ibu Pejabat PLUS Ronda - Tol Tapah.

Lawatan Kerja Ydh Dcp Dato Abd Rahman Bin Hussin Ke Perak
Petugas OPS SIKAP Ke-22,  bahagian Tapah menunggu waktu berbuka puasa ...
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM