Artikel
Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara
Majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Negara yang berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman...
Bukit
Aman - 8 September 2010. Majlis Serah Dan Terima Tugas Dan Jawatan
Ketua Polis Negara telah berlangsung di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.
Majlis ini dihadiri oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan
bersama Y.Bhg Puan Sri Juriah binti Dato' Ahmafd, YDH Tan Sri Haji
Ismail bin Haji Omar bersama Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd
Sobri, Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood Adam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri, YDH Dato'-dato' Pengarah Jabatan PDRM, Timbalan-timbalan
Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Dif-dif jemputan serta wakil-wakil
media.
Jawatan Ketua Polis Negara ini telah disandang oleh Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan selama 4 tahun sejak 12 September 2009. YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan telah berkhidmat dalam PDRM selama 41 tahun sejak 11 November 1969 bermula dengan pangkat Inspektor Percubaan. Selama 41 tahun dalam PDRM, beliau telah berkhidmat dengan 4 Jabatan PDRM termasuk 4 tahun sebagai Ketua Polis Negara.
Pada hari ini, beliau telah menamatkan tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara dan menyerahkan tugas ini kepada Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar untuk menyambung tanggungjawab sebagai pemimpin dan orang terpenting dalam PDRM.
Dalam majlis ini, upacara menandatangani Dokumen Serah Dan Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara telah disempurnakan oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan dan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood Adam.
Majlis serah dan terima tugas di akhiri dengan sesi bergambar bersama dengan semua Pengarah-Pengarah Jabatan, Timbalan pengarah dan semua Pegawai Kanan Polis.

Majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara disaksikan oleh Y.Bhg. Dato' Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan menyerahkan Dokumen Serah/Terima Tugas kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar.

YDH Tan Sri Musa bin Haji Hassan memberikan ucapan dan nasihat beliau yang terakhir kepada PDRM

Sesi bergambar bersama Pengarah-pengarah Jabatan PDRM yang hadir.

Sesi bergambar sebelum berakhirnya Majlis Serah/Terima Tugas.