Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Hari ini, hari yang ke 29 umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Fitri .Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah diadakan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-sambutan-aidil-fitri-ipd-serdang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:41 MYT

Seri Kembangan - 8 Oktober 2010. Hari ini, hari yang ke 29 umat Islam merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Sempena menyambut kedatangan hari yang mulia ini, Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah diadakan dengan penuh meriah dan harmoni di Balai Polis Seri kembangan, bermula jam 8.00 malam.

Tetamu istimewa yang hadir pada malam itu ialah YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor dan YBhg Datin Imran binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor, disambut oleh Superintenden Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan IPD Serdang.

Turut hadir ialah YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor dan isteri, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Selangor, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor serta tetamu-tetamu jemputan, masyarakat setempat dan warga PDRM IPD Serdang.

Walaupun selepas hujan, kehadiran tetamu dan masyarakat setempat, lebih kurang seribu orang, telah memeriahkan lagi majlis disamping dapat berkenal mesra dengan warga PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. Tetamu dihiburkan oleh artis jemputan yang mempersembahkan beberapa buah lagu dengan diiringi oleh band 'Lagenda' dari IPD Sepang. Beberapa buah gerai juga gerai dengan beraneka jenis juadah yang menyelerakan juga disediakan di perkarangan hadapan balai dengan hiasan lampu berwarna warni, menambahkan lagi cerianya majlis pada malam itu.

Pada malam itu juga, diadakan majlis penyampaian cenderahati kepada dua anggota polis dari Unit A-Team kerana berjaya menangkap seorang lelaki Indonesia yang terlibat di dalam 60 kes curi kereta di kawasan Puchong sejak awal Januari tahun ini. Tidak ketinggalan juga, sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang disampikan oleh Pengerusi PERKEP Selangor dan Pengerusi PERKEP IPD Serdang.

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor bersama-sama tetamu yang diraikan di Majlis Sambutan Aidil Fitri IPD Serdang di Balai Polis Seri Kembangan

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Antara tetamu yang hadir...

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Superintenden Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang (berbaju melayu ) dan tetamu yang hadir. Kelihatan juga YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor (duduk di barisan tengah)

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Badut melayan kanak-kanak dengan pemberian belon dan juga aksi silap mata

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Datuk A. Rahman Hassan menghiburkan tetamu dengan lagu Hari Raya dan 60 an.

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Antara Pegawai Kanan Polis yang hadir...

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar menyampaikan cenderahati di atas keberanian Konst Mohd Fitri bin Abdul Ghani yang berjaya menangkap penjenayah walaupun tercedera semasa melakukan tangkapan.

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Superintenden Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, memotong kek Hari Raya bersama YDH Ketua Polis Selangor

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
dari kiri...Konst Mohd Fitri bin Abdul Ghani, Superintenden Abdul Razak bin Elias dan Konst Ahmad Nil Mustaqim bin  Azman dari Unit A-Team bersama anugerah dan cenderahati yang diterima.

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
Duit Raya, disampaikan oleh Pengerusi PERKEP IPD Serdang

Majlis Sambutan Aidil Fitri Ipd Serdang
kiri...YBhg Datin Imran binti Ibrahim, Pengerusi PERKEP Selangor turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM