Artikel
Paluan Berundur Sempena Persaraan Ydh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Kuala Lumpur - 8 Oktober 2010. Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kormesil PDRM telah di ada...
Kuala Lumpur - 8 Oktober 2010. Majlis Paluan Berundur Sempena Persaraan YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kormesil PDRM telah diadakan di Dataran Kawat, PULAPOL Kuala Lumpur pada petang ini.
Hadir sama di majlis tersebut YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama isteri YBhg Puan Sri Hajah Suriati Binti Mohd Sobri, YDH DIG Datuk Hussin Bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri YBhg Datin Nur Habibah Binti Hatim, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM dan isteri, Pegawai-pegawai Kanan dan tetamu jemputan.
YDH CP Dato' Koh Hong Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil memulakan kerjaya di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor Percubaan pada 1 Oktober 1971 dengan menjalani latihan asas kepolisan di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Baru, Selangor.
Setelah mencurahkan bakti selama 39 tahun di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, beliau telah banyak memegang jawatan penting antaranya Ketua Polis Daerah Brickfields pada tahun 1998, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) pada tahun 2002 dan pada tahun 2005, beliau telah dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.
Pada Januari 2008, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Komissioner Polis (CP) dan menyandang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sehingga hari persaraannya.
Majlis diserikan dengan persembahan oleh Pancaragam Pusat PDRM, bacaan puisi yang bertajuk "Qasidah Sebuah Perjuangan" telah disampaikan oleh DSP Rose Baini Binti Kasim dan majlis di akhiri dengan acara 'Beating the Retreat' Turun Bendera.
YDH CP Dato' Koh Hong Sun dan Y.Bhg. Datin Cindy Koh bersalaman dengan hadirin yang hadir dan menandatangani Buku Pelawat buat kali terakhir, sebelum ditarik dengan kenderaan istiadat oleh Pegawai-pegawai Kanan sehingga ke pintu Balai Pengawal sebagai tanda penghormatan terakhir.

Ketibaan YDH Dato' Koh Hong Sun, Pengarah JSJK disambut mesra oleh YDH IGP Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

YDH Pengarah JSJK diiringi oleh YDH Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pemangku Pengarah Pengurusan.

Tabik Hormat daripada YDH Dato' Koh Hong Sun kepada Kawalan Kehormatan

Antara dif-dif jemputan yang hadir...

Puisi "Qasidah Sebuah Pejuangan" yang disampaikan oleh DSP Rose Baini Binti Kassim.

Antara aksi persembahan Pancaragam Pusat PDRM di majlis tersebut.

YDH Dato' Koh Hong Sun dijemput untuk memimpin Persembahan Pancaragam Pusat PDRM.

YDH Dato' Koh Hong Sun dan isteri bersalaman dengan para hadirin...
Sebelum meninggalkan majlis, YDH Dato' Koh Hong Sun menyempurnakan acara Menandatangani Buku Pelawat.

Sebagai tanda penghormatan terakhir, Dato' Koh Hong Sun dan Y.Bhg. Datin Cindy Koh menaiki kenderaan yang ditarik oleh Pegawai-pegawai Kanan Polis.