Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Satu Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang bersama YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah berlangsung di perkarangan masjid Kelumpuk Kenang..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-jamuan-hari-raya-anjuran-persatuan-rumah-kediaman-pdrm-hulu-kelang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:30 MYT
Hulu Kelang, 08 Oktober 2010. Satu Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Rumah Kediaman PDRM Hulu Kelang bersama YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar telah berlangsung di perkarangan masjid Kelumpuk Kenanga malam ini.

YDH Ketua Polis Negara ditemani oleh isteri, Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Mohd. Sobri. Antara yang hadir majlis malam ini adalah YB Dato Seri Zulkifli bin Rafique, Ahli Parlimen Setia Wangsa dan penduduk-penduduk perumahan.

Majlis jamuan malam ini dimulakan dengan laungan takbir raya yang dibawa oleh kumpulan Marhaban. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengerusi Persatuan Penduduk, SI Ismail bin Md Zin. Di dalam ucapan beliau yang juga merupakan mandat dan harapan YDH Ketua Polis Negara, semoga majlis jamuan malam seumpama ini dapat memupuk dan memperkuatkan semangat kejiranan kalangan penduduk. Kerjasama dan tolong-menolong tanpa mengira kaum merupakan asas kepada keharmonian kekeluargaan penduduk rumah kediaman PDRM. Oleh yang demikian, semangat ini harus dijaga seperti pepatah mengatakan " bagaikan aur dengan tebing ". Kesempatan ini, Pengerusi Persatuan Penduduk mengucapkan tahniah kepada YDH Ketua Polis Negara di atas perlantikan beliau sekaligus majlis malam ini sebagai majlis kesyukuran kepada beliau.

Akhir majlis adalah penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim dan kurang upaya. Upacara ini disempurnakan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Penduduk menyambut ketibaan YDH Ketua Polis Negara dan Ahli Parlimen Setia Wangsa.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Y.Bhg Puan Sri Suriati binti Mohd. Sobri disambut oleh Pengerusi Persatuan Penduduk.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Takbir raya dibawa oleh kumpulan Marhaban.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Pengerusi Persatuan Penduduk, SI Ismail bin Md Zin menyampaikan ucapan.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Penyampaian duit raya kepada anak yatim.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Duit raya kepada anak-anak kurang upaya.

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Tetamu menjamu selera..

Majlis Jamuan Hari Raya Anjuran Persatuan Rumah Kediaman Pdrm Hulu Kelang
Antara tetamu yang hadir...
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM