Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.45 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Majlis dimulai dengan nyanyian beramai-ramai lagu PERKEP yang dicipta oleh Insp Hishammudin Hj. Sulaiman dan lirik oleh SM Pardani Sojo, bacaan doa selamat dan jamuan makan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-salam-aidil-fitri-perkep-pengurusan-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:44 MYT

Bukit Aman - 30 Oktober 2008 - Majlis Salam Aidil Fitri PERKEP Pengurusan 2008 telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Tetamu utama yang hadir ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan dan YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Hadir sama ialah YDH SAC I Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran),Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota dan kakitangan Awam Bukit Aman.

Di majlis ini juga, PERKEP Jabatan Pengurusan telah meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ummah, Setapak.

Majlis dimulai dengan nyanyian beramai-ramai lagu PERKEP yang dicipta oleh Insp Hishammudin Hj. Sulaiman dan lirik oleh SM Pardani Sojo,  bacaan doa selamat dan jamuan makan. Di majlis itu juga, tetamu dihiburkan dengan persembahan Kombo PDRM dan persembahan nyanyian dari ahli-ahli PERKEP, Sketsa dan tarian oleh Badan Budaya Muzium PDRM dan juga anak-anak yatim.

Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Nyanyian beramai-ramai lagu PERKEP.


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Kakitangan Awam dari Jabatan Pengurusan yang hadir...


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Hidangan yang lazat, disediakan sendiri oleh PERKEP Jabatan Pengurusan.


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ummah menyampaikan 3 buah lagu, membuat hadirin yang hadir terharu dan sedih.


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan bersama kumpulan 'Santan Berlada' menghiburkan hadirin.


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Berpadu suara...YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan dan isteri, Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari.


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Ahli-ahli PERKEP dengan diiringi Kombo PDRM menyampaikan beberapa lagu Hari Raya.


Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008

Anak-anak yatim bersalaman dengan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan sebelum meninggalkan Majlis Salam Aidil Fitri PERKEP Pengurusan 2008.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.45 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM