Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.44 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Majlis Rumah Terbuka PDRM 2008 telah di adakan dengan penuh meriah di Dataran Kawat, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-rumah-terbuka-pdrm-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:08 MYT

PULAPOL Kuala Lumpur - 26 Oktober 2008. Majlis Rumah Terbuka PDRM 2008 telah diadakan dengan penuh meriah di Dataran Kawat, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. PULAPOL Kuala Lumpur juga telah dihias dengan indah dan bermandikan cahaya lampu kelip-kelip dan ratusan pelita buluh.

Tetamu utama ialah YB Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Luar Negeri bersama Y.Bhg. Datin Seri Utama Masnah binti Muhamat. Turut hadir ialah YB Dato' Sri Zulhasnan bin Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan dan isteri.

Hadir sama ialah Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara, YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Hajjah Suriati binti Md. Sobri, Yang Terutama Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta, YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Dif-dif jemputan serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM, anggota dan kakitangan awam.

Majlis Rumah Terbuka PDRM 2008 telah dihiburkan oleh Kombo PDRM serta nyanyian oleh pegawai dan anggota PDRM serta persembahan tarian oleh Badan Kebudayaan Muzium PDRM. Selain itu, pelbagai juadah yang enak dan lazat telah dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Ketibaan YB Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Luar Negeri bersama Y.Bhg. Datin Seri Utama Masnah binti Muhamat disambut oleh YDH Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara serta Pengarah-Pengarah PDRM.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Pengacara majlis...dari kiri, DSP Tan Hwee Sia, Supt. Rasdi bin Ramli dan ASP Rose Baini binti Kassim.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Tetamu utama..dari kiri, YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, YB Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim dan YB Dato' Sri Zulhasnan bin Rafique.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Dari kanan...Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad dan  Y.Bhg. Datin Seri Utama Masnah binti Muhamat dan Y.Bhg. Datin Seri Anna Razak.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Persembahan Gamelan.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Persembahan tarian oleh Badan Kebudayaan Muzium PDRM.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Antara gerai yang diserbu oleh tetamu...


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

YDH Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad turut menghiburkan tetamu.


Majlis Rumah Terbuka Pdrm 2008

Paduan suara oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, Menteri Luar Negeri bersama Y.Bhg. Datin Seri Utama Masnah binti Muhamat mengakhiri persembahan Majlis Rumah Terbuka PDRM 2008.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.44 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM