Lawatan Kelab Pencegahan Jenayah Sk St John 1
Bukit Aman - 4 November 2008 - Seramai 12 orang guru dan 26 orang murid Sekolah Kebangsaan St. John (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Rombongan ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah sekolah tersebut telah disambut mesra oleh Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam , pegawai, anggota serta kakitangan awam Cawangan Perhubungan Awam di Auditorium PDRM, Tingkat 16.
Mereka turut di beri taklimat mengenai struktur organisasi PDRM dan peranan tujuh jabatan PDRM. Taklimat itu telah disampaikan oleh DSP Lai Lee Ching, Ketua Unit Penyelidikan, Perancangan, Analisa dan Rekod, Cawangan Perhubungan Awam.
Lawatan diakhiri dengan Supt. Rasdi Ramli dan Puan Azimah Yahya, Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum SK St. John (1) bertukar-tukar cenderamata kenangan.

Gambar kenangan... Murid Sekolah Kebangsaan St. John (1) Bukit Nanas, Kuala Lumpur dan guru iringan dari Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah bergambar kenangan bersama Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam di akhir sesi lawatan tersebut.