Majlis Salam Aidil Fitri Perkep Pengurusan 2008
Bukit Aman - 30 Oktober 2008 - Majlis Salam Aidil Fitri PERKEP Pengurusan 2008 telah berlangsung di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.
Tetamu utama yang hadir ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan dan YDH CP Dato' Hussin bin Hj. Ismail, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Hadir sama ialah YDH SAC I Dato' Zaleha bt. Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran),Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota dan kakitangan Awam Bukit Aman.
Di majlis ini juga, PERKEP Jabatan Pengurusan telah meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ummah, Setapak.
Majlis
dimulai dengan nyanyian beramai-ramai lagu PERKEP yang dicipta oleh Insp
Hishammudin Hj. Sulaiman dan lirik oleh SM Pardani Sojo, bacaan doa
selamat dan jamuan makan. Di majlis itu juga, tetamu dihiburkan dengan
persembahan Kombo PDRM dan persembahan nyanyian dari ahli-ahli PERKEP,
Sketsa dan tarian oleh Badan Budaya Muzium PDRM dan juga anak-anak
yatim.

Nyanyian beramai-ramai lagu PERKEP.

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Kakitangan Awam dari Jabatan Pengurusan yang hadir...

Hidangan yang lazat, disediakan sendiri oleh PERKEP Jabatan Pengurusan.

Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Ummah menyampaikan 3 buah lagu, membuat hadirin yang hadir terharu dan sedih.

Y.Bhg.
Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan
Pengurusan bersama kumpulan 'Santan Berlada' menghiburkan hadirin.

Berpadu
suara...YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan
dan isteri, Y.Bhg. Datin A'ain Zubaidah binti Hj. Bahari.

Ahli-ahli PERKEP dengan diiringi Kombo PDRM menyampaikan beberapa lagu Hari Raya.

Anak-anak
yatim bersalaman dengan YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari,
Pengarah Pengurusan sebelum meninggalkan Majlis Salam Aidil Fitri PERKEP
Pengurusan 2008.