Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk

Published: 10 Jun 2014 5.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Buat julung kalinya, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara telah bertemu dengan wakil-wakil persatuan penduduk di Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wak..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-ramah-mesra-timbalan-ketua-polis-negara-bersama-wakil-persatuan-penduduk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:38 MYT

Damansara - 10 Oktober 2010. Buat julung kalinya, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara bertemu dengan wakil-wakil persatuan penduduk di Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk, semenjak beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010.

Majlis perjumpaan antara persatuan penduduk Kota Damansara dan Damansara ini telah diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara pada jam 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Hadir mengiringi YDH Timbalan Ketua Polis Negara di majlis ramah mesra itu ialah YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor dan YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.

Turut hadir, YBhg. Datuk Mohan K.R. Pillai yang mewakili wakil Persatuan Penduduk, wakil-wakil 65 Persatuan Penduduk serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota IPD Petaling Jaya, Balai Polis Damansara dan Balai Polis Kota Damansara.

Majlis Ramah Mesra bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran serta meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang betapa pentingnya masyarakat membantu pihak polis bagi membanteras jenayah. Selain itu, majlis ini juga menjadi landasan untuk merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat yang telah terjalin sekian lama.

Antara perkara-perkara yang disampaikan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di dalam ucapannya, beliau berharap susulan daripada perjumpaan ini akan dapat mencetuskan idea yang dapat mengeratkan lagi hubungan baik polis dan orang awam serta ke arah mewujudkan suasana selamat dan aman di Petaling Jaya.

Beliau juga sempat menjelaskan konsep 4P kepada wakil-wakil persatuan penduduk, yang dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara baru-baru ini iaitu:-
· Protective
· Performance and outcome oriented
· Proactive
· People oriented

Menurut YDH Timbalan Ketua Polis Negara, bagi mencapai konsep yang dihasratkan, beliau telah menjelaskan 4 strategi seperti berikut: 

    · Visibility (kehadiran polis) - Kehadiran polis hendaklah dilihat dan dirasai oleh masyarakat.
    · Pembanterasan jenayah melalui operasi secara bersepadu - Ini adalah elemen penting kerjasama daripada     
      masyarakat untuk memberi maklumat kepada polis. 
    · Community Oriented Policing (COP) - sebagai salah satu jaringan kerjasama untuk membanteras jenayah dengan 
      kerjasama orang ramai. Mengenal pasti "broken window" atau kelemahan-kelemahan yang menjadi faktor kepada 
      orang sebelum jenayah berlaku. 
    · Penggunaan teknologi moden - Menggunakan teknologi moden seperti CCTV untuk memberi respon yang cepat 
      secara bersekutu melalui C4i.

"Kerjasama dan pengembelingan tenaga serta usaha dari setiap sudut dan jaringan dengan masyarakat bersama polis, perlunya penglibatan yang jitu dari Ketua Polis Daerah serta Ketua Polis Balai untuk mengharungi apa juga cabaran dan halangan yang akan dilalui bersama-sama, antara polis dan masyarakat", antara amanat yang disampaikan oleh YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.
Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Pendaftaran wakil-wakil persatuan penduduk

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Ketibaan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Mohan K.R. Pillai, yang mewakili 65 persatuan penduduk.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Amanat oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Antara wakil-wakil persatuan penduduk serta tetamu yang hadir.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
kanan...YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Datuk Hashim Sharat dan YBhg. Datuk Mohan K.R. Pillai.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengunjungi setiap meja untuk beramah mesra dengan wakil-wakil persatuan penduduk.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
dua dari kiri...YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Antara Pegawai-pegawai Kanan Polis yang hadir.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama SM Abdul Latif bin Awang, Timbalan Ketua Polis Balai Kota Damansara dan wakil persatuan penduduk.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama wakil-wakil penduduk.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Pendekatan yang diambil oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, memberi ruang kepada wakil-wakil penduduk memberi pandangan serta menyatakan masalah dikawasan mereka.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Bergambar kenangan bersama YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

ArticlePublished 10 Jun 2014 5.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM