Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kurniaan 11 buah motokar dan 8 buah motosikal yang keseluruhannya bernilai RM5,503,200 itu akan digunakan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai kenderaan pengiring Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-derma-kurnia-motosikal-dan-motokar-kepada-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:26 MYT

Bukit Aman - 11 Oktober 2010. Pada petang yang bersejarah ini, bertempat di perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah mencemar Duli berangkat untuk merasmikan Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia.

Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim ke Bukit Aman juga diiringi oleh Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail, Raja Muda Johor dan Tunku Abdul Rahman Ibni Tunku Ibrahim Ismail.

YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyambut keberangkatan tiba rombongan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan keluhuran budi pekerti yang sangat tinggi dan dermawan telah mengurniakan kepada Polis Diraja Malaysia sebanyak sebelas (11) buah motokar, iaitu dua (2) buah Proton Perdana dan sembilan (9) buah Holden serta lapan (8) buah motosikal Harley Davidson.

Kurniaan 11 buah motokar dan 8 buah motosikal yang keseluruhannya bernilai RM5,503,200 itu akan digunakan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai kenderaan pengiring Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh keluarga DiRaja Johor, dan kenderaan tersebut akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

"Dengan limpah kurnia Tuanku, penerimaan 11 buah motokar dan 8 buah motosikal pada hari yang bersejarah ini, warga PDRM khususnya yang berkhidmat di Negeri Johor akan dapat meningkatkan prestasi kerja dan lebih bersemangat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di Negeri Johor", antara ucapan oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Panji Polis Diraja Malaysia dan detachment Kawalan Kehormatan

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Ketibaan YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim disambut oleh YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail juga menyambut keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim mencemar Duli memeriksa Kawalan Kehormatan

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Bacaan doa keberangkatan...

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Tunku Ibrahim Ismail, Raja Muda Johor

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Perarakan keluar Panji Polis Diraja Malaysia oleh detachment Kawalan Kehormatan

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Kenderaan Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada Polis Diraja Malaysia di bawa masuk ke perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman, diketuai oleh SM Azhar bin Jasmin

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Upacara Derma Kurnia Motosikal dan Motokar oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim menepung tawar motokar Holden

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
YDH Ketua Polis Negara juga turut menepung tawar motokar Holden.
 
Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Persembahan cenderahati oleh YDH Ketua Polis Negara kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim berangkat untuk Majlis Taklimat dan Majlis Santapan di Menara 1, Bukit Aman

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Motosikal Harley Davidson berkuasa 1690 cc, segak dan bergaya dipandu oleh anggota Trafik Wanita

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Motokar Holden dari Australia yang akan digunakan sebagai kenderaan pengiring Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh keluarga DiRaja Johor

Majlis Derma Kurnia Motosikal Dan Motokar Kepada Polis Diraja Malaysia
Anggota-anggota pengiring Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dan keluarga DiRaja Johor

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM