Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara
Subang Jaya - 11 Oktober 2010. Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 telah berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid Shopping Centre, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor bermula pada 10 Oktober 2010 dan akan berakhir pada 13 Oktober 2010.
Pagi ini, Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 telah disempurnakan oleh YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor, merangkap Pengerusi Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010.
Turut hadir mengiringi beliau, YDH SAC Dato' A.Rahman bin Ahmad, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Selangor, YDH SAC Jamaluddin bin Abd. Majid, Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, ASP Ghazali bin Jusoh, Pengelola Ten Pin Bowling serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pengurus Pasukan dan para peserta.
Kontinjen Selangor telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010. Sebanyak 17 pasukan telah mengambil bahagian didalam 3 acara iaitu Tiga Sepasukan Lelaki/Wanita, Dua Sepasukan Lelaki/Wanita dan juga Perseorangan Lelaki/Wanita. Pada hari akhir, 13 Oktober 2010 juga diadakan Pertandingan Master Lelaki/Wanita dan VVIP'S.
Penyertaan di kejohanan ini adalah merupakan tanda sokongan terhadap aktiviti sukan anjuran Majlis Sukan PDRM. Semua pasukan yang bertanding telah membuat persiapan dengan latihan yang padat bagi mempertingkatkan lagi tahap kemahiran dan juga ketahanan fizikal dalam mengharungi cabaran sepanjang kejohanan ini berlangsung. Walaupun tugas yang diamanahkan menjadi keutamaan, ianya tidak menghalang kepada warga PDRM untuk bersukan dan beriadah. Dengan adanya kejohanan seumpama ini, akan dapat membentuk warga PDRM yang sihat seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan Negara.
"Pamerkan kebolehan, kemahiran dan tunjukkanlah semangat juang yang tinggi untuk mendapatkan kemenangan kepada pasukan masing-masing", antara ucapan Perasmian Pembukaan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 oleh YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor.

duduk dari kanan...YDH SAC Dato' A.Rahman bin Ahmad, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Selangor, YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH SAC Jamaluddin bin Abd. Majid, Ketua Jabatan Pengurusan bersama-sama Pegawai-pegawai Kanan PDRM di Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010

Juruacara majlis, C/Insp Zawiyah binti Hamad dan Insp Nor Azman bin Yusof

Bacaan doa selamat...

Lafaz Ikrar Kejohanan, diketuai oleh SM Mohd Saleh dari Kontinjen Selangor

Ucapan Perasmian oleh YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor, merangkap Pengerusi Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010

Antara pasukan yang bertanding...

Diperkenalkan kepada Pengurus Pasukan dan penyampaian cenderahati

Diperkenalkan kepada Urusetia Teknikal Kejohanan...

YDH SAC Jamaluddin bin Abd. Majid menyampaian cenderahati kepada YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum

YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum berjaya melakukan balingan 'Strike' semasa gimik pembukaan pertandingan

Juara tahun 2009, Kontinjen tuan rumah, Selangor

Pasukan dari Kontinjen Johor, diketuai oleh Pengurus Pasukan, C/Insp Arshad bin Kamaruddin

Pengurus Pasukan, Supt. Shaharol Anuar bin Abu Latif (lima dari kanan, barisan belakang) bersama-sama pemain dari Kontinjen Pulau Pinang

Pertandingan 3 Sepasukan Wanita

Acara 3 Sepasukan Lelaki...