Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk
Damansara - 10 Oktober
2010. Buat julung kalinya, YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail,
Timbalan Ketua Polis Negara bertemu dengan wakil-wakil persatuan
penduduk di Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil
Persatuan Penduduk, semenjak beliau memegang jawatan Timbalan Ketua
Polis Negara pada 13 September 2010.
Majlis
perjumpaan antara persatuan penduduk Kota Damansara dan Damansara ini
telah diadakan di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara pada jam 4.00
petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang.
Hadir
mengiringi YDH Timbalan Ketua Polis Negara di majlis ramah mesra itu
ialah YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH SAC
Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor dan YDH ACP
Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Turut
hadir, YBhg. Datuk Mohan K.R. Pillai yang mewakili wakil Persatuan
Penduduk, wakil-wakil 65 Persatuan Penduduk serta Pegawai-pegawai Kanan
dan anggota IPD Petaling Jaya, Balai Polis Damansara dan Balai Polis
Kota Damansara.
Majlis
Ramah Mesra bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara ini diadakan
bertujuan untuk memupuk kesedaran serta meningkatkan pengetahuan orang
ramai tentang betapa pentingnya masyarakat membantu pihak polis bagi
membanteras jenayah. Selain itu, majlis ini juga menjadi landasan untuk
merapatkan lagi hubungan antara polis dan masyarakat yang telah terjalin
sekian lama.
Antara
perkara-perkara yang disampaikan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji
Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di dalam ucapannya, beliau berharap
susulan daripada perjumpaan ini akan dapat mencetuskan idea yang dapat
mengeratkan lagi hubungan baik polis dan orang awam serta ke arah
mewujudkan suasana selamat dan aman di Petaling Jaya.
Beliau
juga sempat menjelaskan konsep 4P kepada wakil-wakil persatuan
penduduk, yang dilancarkan oleh YDH Ketua Polis Negara baru-baru ini
iaitu:-
· Protective
· Performance and outcome oriented
· Proactive
· People oriented
Menurut YDH Timbalan
Ketua Polis Negara, bagi mencapai konsep yang dihasratkan, beliau telah
menjelaskan 4 strategi seperti berikut:
· Visibility (kehadiran polis) - Kehadiran polis hendaklah dilihat dan dirasai oleh masyarakat.
· Pembanterasan jenayah melalui operasi secara bersepadu - Ini adalah elemen penting kerjasama daripada
masyarakat untuk memberi maklumat kepada polis.
· Community Oriented Policing (COP) - sebagai salah satu jaringan kerjasama untuk membanteras jenayah dengan
kerjasama orang ramai. Mengenal pasti "broken window" atau kelemahan-kelemahan yang menjadi faktor kepada
orang sebelum jenayah berlaku.
· Penggunaan teknologi moden - Menggunakan teknologi moden seperti CCTV untuk memberi respon yang cepat
secara bersekutu melalui C4i.
"Kerjasama dan
pengembelingan tenaga serta usaha dari setiap sudut dan jaringan dengan
masyarakat bersama polis, perlunya penglibatan yang jitu dari Ketua
Polis Daerah serta Ketua Polis Balai untuk mengharungi apa juga cabaran
dan halangan yang akan dilalui bersama-sama, antara polis dan
masyarakat", antara amanat yang disampaikan oleh YDH Datuk Hussin bin
Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

Pendaftaran wakil-wakil persatuan penduduk

Ketibaan YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Negara Bersama Wakil Persatuan Penduduk

Ucapan alu-aluan oleh YBhg. Datuk Mohan K.R. Pillai, yang mewakili 65 persatuan penduduk.

Amanat oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

Antara wakil-wakil persatuan penduduk serta tetamu yang hadir.

kanan...YDH
DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH DIG Datuk
Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara, YBhg. Datuk Hashim
Sharat dan YBhg. Datuk Mohan K.R. Pillai.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara mengunjungi setiap meja untuk beramah mesra dengan wakil-wakil persatuan penduduk.

dua dari kiri...YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor.

Antara Pegawai-pegawai Kanan Polis yang hadir.

YDH
Timbalan Ketua Polis Negara bersama SM Abdul Latif bin Awang, Timbalan
Ketua Polis Balai Kota Damansara dan wakil persatuan penduduk.

YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama wakil-wakil penduduk.

Pendekatan
yang diambil oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, memberi ruang kepada
wakil-wakil penduduk memberi pandangan serta menyatakan masalah
dikawasan mereka.

Bergambar kenangan bersama YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.