Majlis Perbarisan Tamat Latihan Dan Pertaulihan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Kor Suksi
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang - 21 Jun 2008. Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia 2008 dari dua belas IPTA telah diadakan di Padang Kawat Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
D.Y.M.M Tunku Syed Sirajudin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail - Canselor USM, berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis itu. Hadir sama ialah YDH. IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan - Ketua Polis Negara dan isteri, YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Haji Ani Arope - Pengerusi Lembaga Pengarah USM, YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak - Naib Canselor USM dan isteri, YDH. DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar - Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri, YBhg. Dato' Mustafa bin Mansor - Ahli Lembaga Pengarah USM dan isteri dan YDH. DCP Dato' Wira Ayub bin Haji Yaakob – Ketua Polis Pulau Pinang dan isteri.
Seramai 510 pelatih telah berjaya melepasi tahap kelayakan untuk ditauliahkan sebagai Inspektor Sukarelawan dengan menjalani latihan, kursus dan ujian selama tiga tahun sebagai Pelatih Kor Suksis di IPTA masing-masing.
Di majlis tersebut, D.Y.M.M Tuanku berkenan mencemar duli menyempurnakan pengurniaan hadiah dan sijil kepada dua belas pelatih yang diumumkan sebagai pelatih-pelatih keseluruhan terbaik dari dua belas IPTA.
Turut diadakan, Majlis Penyampaian Sijil/Pentauliahan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia 2008 di Dewan Tuanku Syed Putra USM.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YDH. IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan - Ketua Polis Negara. Hadir sama YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Haji Ani Arope - Pengerusi Lembaga Pengarah USM, YBhg. Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul Razak - Naib Canselor USM, YDH. DIG Tan Sri Ismail bin Haji Omar - Timbalan Ketua Polis Negara, Ketua-ketua Polis Negeri, Pengarah-pengarah PDRM dan Naib-naib Canselor.

Majlis telah disempurnakan oleh D.Y.M.M Tunku Syed Sirajudin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail - Canselor Universiti Sains Malaysia.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia 2008 dari dua belas IPTA telah diadakan di Padang Kawad Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Penyerahan Watikah Perlantikan oleh anggota 69 Komando, PGK PDRM kepada D.Y.M.M Tunku Syed Sirajudin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail - Canselor Universiti Sains Malaysia.

Penerima hadiah dan sijil pelatih-pelatih keseluruhan terbaik dari dua belas Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia 2008.

Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh YDH. IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan - Ketua Polis Negara.