Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.08 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Buat julung-julung kalinya, aktiviti tahunan ini melibatkan semua jabatan dalam Polis Diraja Malaysia bagi menguji kenderaan pacuan empat roda model baru yang dibekalkan oleh pihak kerajaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/uji-nilai-kenderaan-pacuan-empat-roda-pdrm-tahun-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:18 MYT

Tasik Kenyir, Terengganu - 24 Jun 2008. Bahagian Pengangkutan Bukit Aman telah menganjurkan Program Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda PDRM Tahun 2008, bermula dari PULAPOL Kuala Lumpur dan tamat di Sungai Lawit, Tasik Kenyir, Terengganu. .

Buat julung-julung kalinya, aktiviti tahunan ini melibatkan semua jabatan dalam Polis Diraja Malaysia bagi menguji kenderaan pacuan empat roda model baru yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Kenderaan-kenderaan tersebut adalah Nissan X-Trail, Kia Sorento, Ford Everest, Toyota Hilux dan juga kenderaan lain seperti Mitsubishi Pajero, Isuzu Tropper, Isuzu Rodeo, Land Cruiser dan tidak ketinggalan, Land Rover. Seramai 188 orang pegawai dan anggota dari semua Kontinjen, Briged, Pusat Latihan Polis dan formasi serta 70 buah kenderaan terlibat dalam Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda PDRM Tahun 2008.

Penggunaan kenderaan pacuan empat roda telah sebati dengan penugasan kepolisan bagi pelbagai kegunaan dan dipelbagai bentuk mukabumi yang sukar dilalui oleh kenderaan biasa. Aktiviti yang direncanakan ini melibatkan pelbagai bentuk jalan seperti jalan berlumpur, berpasir, batu kerikil, berdebu dan pelbagai bentuk mukabumi yang akan dilalui. Disamping itu, aktiviti ini dapat memberikan pendedahan kepada semua peserta, pengetahuan dan 'Experiental Learning'  tentang teknik-teknik pengendalian kenderaan, pengawalan kenderaan yang betul dan seterusnya dapat memberikan maklumbalas yang terbaik tentang model kenderaan yang diuji. 

Aktiviti ini juga dapat menilai sejauhmana keupayaan dan kesesuaian kenderaan-kenderaan pacuan empat roda ini semasa berada di atas jalan sama ada 'On The Road' maupun 'Off Road' dalam pelbagai situasi cuaca dan lokasi yang akan dilalui. Dengan berlangsungnya program ini, ianya akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan semangat setiakawan sesama warga PDRM. Kerjasama berpasukan ini akan terserlah sewaktu para pemandu menempuh cabaran dan liku-liku perjalanan semasa program ini dilangsungkan.

Aktiviti tahunan dalam siri pemanduan lasak 4x4 ini berjalan selama tiga hari dua malam, bermula 21 Jun 2008 hingga 24 Jun 2008. Bermula dari Wisma Sukan, Pulapol Kuala Lumpur, selepas acara pelepasan, konvoi peserta bergerak melalui Tol Jalan Duta - Lebuhraya Utara Selatan - Tapah - Ringlet, Cameron Highland dan bermalam di tapak perkhemahan Sungai Yu di Lipis. Hari kedua pula, dari Sungai Yu, Lipis, konvoi berlepas ke Gua Musang dan seterusnya sambung perjalanan melalui  Felda Sungai Aring dan bermalam di Sungai Lawit, Tasik Kenyir. Latihan pengendalian telah di adakan di sekitar kawasan Tasik Kenyir.

Majlis Pelancaran 'Flag-Off' telah disempurnakan oleh YDH SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan) dan Majlis Penutupan oleh YDH SAC II Dato' Haji Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Terengganu.

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008
DSP Abd. Talib bin Md. Zain, Ketua Konvoi menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan)

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008
YDH SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan) membuat pelepasan konvoi

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008
YDH SAC II Aidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Pengangkutan) menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC II Dato' Haji Jalaluddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Terengganu di Majlis Penutupan Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda PDRM Tahun 2008

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008
Mesra...Bersalam-salaman sebelum berpisah

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008
Peserta-peserta Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda PDRM Tahun 2008

Uji Nilai Kenderaan Pacuan Empat Roda Pdrm Tahun 2008
Ahli-ahli Jawatankuasa yang terlibat...

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.08 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM