Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Program Gerakan Tumpuan ini juga bertujuan untuk memperhebatkan lagi program 'Community Policing' yang menjadi salah satu agenda di dalam aktiviti pencegahan jenayah Polis Diraja Malaysia, di mana war..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-sambutan-minggu-perpaduan-1-malaysia-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 04:05 MYT

Brickfields - 29 Mei 2010. Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1Malaysia 2010 (Program Gerakan Tumpuan) Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, pagi ini di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Seri Pantai, Brickfields.

Program Gerakan Tumpuan ini adalah anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

Hadir di Program Gerakan Tumpuan ini ialah YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Penganjur Sambutan Minggu Perpaduan 1Malaysia 2010 bersama Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan YB Senator Dato' T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Y.Bhg. Tuan Haji Zainol Abidin bin Mohd Yusoff, wakil Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Y.Bhg. Encik Abdul Karim bin Haji Abu Seman, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional merangkap Pengerusi Penganjur Bersama, Y.Bhg. Encik Ho Khek Hua, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan serta swasta dan masyarakat setempat.

Program Minggu Perpaduan 1Malaysia yang dilaksanakan pagi ini merupakan salah satu program dalam kalendar Aktiviti Program Gerakan Tumpuan (PGT) dibawah tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar.

PGT telah mula dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar sejak tahun 2004. Sehingga kini, kementerian telah menjalankan program ini di 5 kawasan iaitu Perumahan Awam Jalan San Peng, Taman Sri Sentosa, Kampung Kerinchi, PPR Sri Semarak dan kawasan Chow Kit.

Sejak dilancarkan, PGT telah berjaya menurunkan kadar jenayah di semua kawasan tersebut berdasarkan penilaian dan rekod dari Polis Diraja Malaysia serta kajian impak yang dilakukan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang mendapati program pembangunan fizikal dan insan serta telah berjaya membantu meningkatkan tahap kualiti hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Sejajar dengan "1Malaysia:Pemacu Perpaduan Negara" yang dipilih sebagai tema sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 23 Mei 2010 di MITC, Ayer Keroh, Melaka, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sedang dan akan  memberikan sumbangan terhadap Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah program transformasi kerajaan iaitu mengurangkan jenayah khasnya jenayah jalanan melalui inisiatif memperkasakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah payung Rukun Tetangga (RT) untuk membantu pihak Polis.

Program Gerakan Tumpuan ini juga bertujuan untuk memperhebatkan lagi program 'Community Policing' yang menjadi salah satu agenda di dalam aktiviti pencegahan jenayah Polis Diraja Malaysia, di mana warga kota akan lebih sedar dan komited terhadap keselamatan diri, tempat tinggal dan persekitaran mereka, seterusnya bersama-sama membantu pihak Polis membanteras jenayah, dadah dan masalah sosial amnya. Ianya secara tidak langsung akan menyumbang ke arah merealisasikan matlamat persekitaran bandar Selamat untuk didiami bersama, sekaligus ke arah mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Bagi memeriahkan program ini, berbagai aktiviti dan acara telah diatur sepanjang dua minggu bermula 22 Mei hingga 6 Jun 2010, antara lain ialah Ceramah 1Malaysia, Pelancaran Skim Rondaan Sukarela (SRS) Rukun Tetangga, Pelancaran Program 'Community Policing', senam 1Malaysia, gotong royong membersih dan mengindahkan kawasan, gotong royong kenduri rakyat, pertandingan sukan (dodgeball, futsal dan sukaneka perpaduan), pameran (agensi-agensi kerajaan, swasta, NGO) dan wayang pacak dan demo oleh Polis Diraja Malaysia.

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM yang hadir...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Ucapan YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Ketua Polis Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Penganjur Sambutan Minggu Perpaduan 1Malaysia 2010

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Perasmian oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Penyerahan Surat Pelantikan kepada Ahli Community Policing

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Penyerahan Kad Kuasa dan peralatan Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Penyerahan peralatan gotong royong kepada wakil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Perumahan Awam Seri Perak, Johan Keseluruhan Pertandingan Mengibar Bendera Wilayah Persekutuan dan Bendera Malaysia sempena Hari Wilayah Persekutuan 2010.

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Sumbangan kepada warga emas...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Adik Nasrollah yang kurang upaya juga menerima sumbangan yang disampaikan oleh YB Senator Dato' Raja Nong Chik

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Cenderahati daripada YDH DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu kepada YB Senator  Dato' Raja Nong Chik

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
 Cenderahati kepada YB Senator Dato' T. Murugiah...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Nyanyian lagu 'Perpaduan Bangsa' dan '1Malaysia'...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Helmi The Gimik menghiburkan penonton ...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Sukaneka Perpaduan untuk kanak-kanak...

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Sukan yang baru diperkenalkan..Dodgeball untuk belia wanita

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 1 Malaysia 2010
Pertandingan futsal juga berjaya menarik penyertaan dari golongan belia...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM