Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa Al Insan
Kuala
Kubu Bharu - 27 Mei 2010. Majlis Perasmian Penutupan Kursus Syifa'
Al-Insan telah disempurnakan oleh YDH SAC Haris Wong bin Abdullah,
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Risikan &
Operasi) yang mewakili Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di
Dewan Anggerik, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Kubu Bharu pada
petang ini.
Hadir sama
dimajlis perasmian penutupan ialah YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron,
Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling), Y.Bhg. Brigedier
Jeneral Hj. Kamaruddin bin Hj. Mamat, Pengarah KAGAT, Markas ATM, Y.Bhg.
Kepten Rashid bin Awang (TLDM), Cawangan Provos Marsyal ATM dan YDH ACP
Mohd Kamal bin Kordi, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.
Kursus
Syifa' Al-Insan ini adalah anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)
PDRM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Kor Agama
Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT). Kursus ini adalah julung-julung kali
di adakan dan akan berterusan dengan penganjuran secara bergilir-gilir
antara BAKA dan KAGAT.
Objektif
kursus ini ialah melahirkan warga PDRM dan ATM yang mempunyai kesedaran
terhadap tanggungjawab kepada Allah S.W.T, RasulNya dan negara, memupuk
kerjasama dan silatulrahim yang erat dan menyuntik kesedaran agar
menjauhi perkara-perkara yang tidak baik dan menyalahi agama.
Seramai
50 orang peserta Kursus Syifa' Al-Insan yang terdiri daripada 25 orang
peserta PDRM dan 25 orang peserta dari ATM telah berjaya menamatkan
kursus yang bermula pada 16 Mei 2010 dan tamat pada petang ini.
Sepanjang kursus ini,
peserta telah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti seperti solat
berjemaah 5 waktu, pengamalan solat-solat sunat, Qiamulail, kaunseling
berkelompok, latihan luar, menghadiri tayangan video (Kebesaran
Allah) dan juga ceramah berkaitan dadah.

Majlis
Perasmian Penutupan Kursus Syifa' Al-Insan...dari kanan, YDH ACP Mohd
Kamal bin Kordi, Komandan Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Y.Bhg. Kepten
Rashid bin Awang (TLDM), Cawangan Provos Marsyal ATM, YDH SAC Haris Wong
bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(Risikan & Operasi, YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) dan Y.Bhg. Brigedier Jeneral
Hj. Kamaruddin bin Hj. Mamat, Pengarah KAGAT, Markas ATM.

Ucapan Perasmian Penutupan oleh YDH SAC Haris Wong bin Abdullah, mewakili Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Penyampaian cenderahati oleh YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron kepada YDH SAC Haris Wong bin Abdullah

Cenderahati kepada Y.Bhg. Brigedier Jeneral Hj. Kamaruddin bin Hj. Mamat, Pengarah KAGAT, Markas ATM

Sesi Bergambar...