Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Orang ramai yang mahu meninggalkan rumah sepanjang musim perayaan perlu memaklumkan kepada pihak polis dengan mengisi Borang Balik Kampung dan menyerahkan semula kepada Balai Polis yang berdekatan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-kempen-balik-kampung-rumah-selamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:23 MYT

Puchong - 21 Ogos 2010. Setiap kali tiba musim perayaan, penjenayah sering merancang untuk melakukan kegiatan pecah rumah kerana banyak rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni sehingga beberapa hari.

Sejak Kempen 'Balik Kampung, Rumah Selamat' yang dilancarkan 10 tahun lalu di Kontinjen Selangor, kegiatan pecah rumah dan curi semakin berkurangan apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

Orang ramai yang mahu meninggalkan rumah sepanjang musim perayaan perlu memaklumkan kepada pihak polis dengan mengisi Borang Balik Kampung dan menyerahkan semula kepada Balai Polis yang berdekatan dengan tempat kediaman.

Selain itu, orang ramai juga boleh memaklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di Bilik Gerakan Polis apabila bercuti  dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis yang berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti nama dan alamat, nombor telefon untuk dihubungi, tarikh berlepas dan balik dan juga nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa bercuti.

Dengan cara ini, ianya akan memudahkan pihak polis meningkatkan pemantauan dan mengawasi rumah yang tidak berpenghuni.

Majlis Perasmian Kempen 'Balik Kampung, Rumah Selamat' telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor di IOI Mall, Puchong pada pagi ini.

Turut hadir ialah YDH SAC Dato' A. Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH Supt. Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang, YDH Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, Encik Wong Fook Wah Pengurus Besar Kurnia Insurans, Encik Kuan Chee Heng pengasas cops.org.my, Encik Sazally bin Saidi wakil LITRAK serta pegawai dan anggota PDRM.

Majlis Kempen 'Balik Kampung, Rumah Selamat' ini adalah usahasama antara Polis Diraja Malaysia, Community Policing, IOI Mall, Kurnia Insurans dan Lebuhraya Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK).

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
dari kanan...YDH SAC Jamaluddin bin Abd Majid, Ketua Jabatan Pengurusan, YDH Supt. Abd Razak bin Elias ketua Polis Daerah Serdang, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, YDH SAC Dato' A. Thaiveegan dan Encik Wong Fook Wah

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Pelancaran Kempen Balik Kampung Rumah Selamat...

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
YDH Ketua Polis Selangor menyampaikan Sijil  'Community Policing'

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
YDH Ketua Polis Selangor menyerahkan Borang Balik Kampung

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Cenderahati kepada Encik Wong Fook Wah Pengurus Besar Kurnia Insurans

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Gerai pameran Cawangan Trafik

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Pendaftaran Rakan Cops

Majlis Perasmian Kempen Balik Kampung Rumah Selamat
Pertunjukan dari Unit K9...

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM