Sumbangan Kepada Anak Yatim Oleh Ipd Serdang
Serdang - 23 Ogos 2010. Keprihatinan warga polis kepada anak-anak yatim yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, telah mendorong Superintenden Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang mengadakan majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim di sekitar Taman Equine, Serdang.
Majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim diadakan di Masjid Al-Muttaqin Taman Equine. Seramai 16 orang anak yatim dari Taman Equine telah menerima sumbangan tersebut. Majlis malam ini telah dihadiri lebih kurang 200 orang yang terdiri dari warga polis dan penduduk setempat.
Kehadiran Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, pegawai dan Ahli Jawatankuasa masjid serta muslimin dan muslimat kariah Masjid Al-Muttaqin Taman Equine turut memeriahkan lagi majlis. Sejak awal petang, warga polis dari IPD Serdang telah bergotong-royong memasak juadah untuk majlis berbuka dan juga jamuan moreh selepas sembahyang terawih.
YDH Superintenden Abdul Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim dari kariah Masjid Al-Muttaqin Taman Equine
Si cilik yang kematian bapanya turut menerima sumbangan...
Menunggu azan maghrib untuk berbuka puasa
Sembahyang sunat terawih...

YDH Superintenden Abdul Razak bin Elias memberi sepatah dua ucapan kepada hadirin yang hadir