Bukit Aman - 20 Ogos 2010. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah mencemar duli menghadiri Majlis
Berbuka Puasa bersama Polis Diraja Malaysia di Masjid Bukit Aman hari
ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah disambut oleh YDH Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara serta tetamu-tetamu jemputan.
Hadir meraikan Majlis Berbuka Puasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama warga Polis Diraja Malaysia ialah YB Dato' Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, mantan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta warga PDRM.
Majlis malam ini dimulai dengan berbuka puasa selepas azan Maghrib, solat Maghrib, santapan malam dan menunaikan solat Isyak, sunat Terawih dan Witir.

YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara menyambut tetamu yang hadir di Majlis Berbuka Puasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Bersama Polis Diraja Malaysia

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Masjid Bukit Aman

Santapan Malam selepas solat Maghrib

YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM serta tetamu yang hadir...

YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar bersama tetamu yang diraikan di Majlis Berbuka Puasa.

Menunaikan solat sunat Terawih dan Witir