Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-perasmian-balai-polis-pantai-remis-manjung-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:47 MYT

Perak - 30 September 2010. Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

Ketibaan YDH Dato' Pengarah Pengurusan disambut oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dengan paluan gendang 1 Malaysia terdiri dari kaum Melayu,Cina dan India.

YDH Dato’ Pengarah Pengurusan menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan yang terdiri dari 53 anggota yang diketuai oleh ASP Ng Swei Chait dan seterusnya memeriksa perbarisan.

 

Turut hadir, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar bersama isteri, Timbalan Ketua Polis Perak, YB Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Ketua-ketua Jabatan Polis Kontijen Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Kaum, Pemimpin-pemimpin masyarakat serta penduduk setempat. Kehadiran dianggarkan lebih kurang 500 orang. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan gendang 1 Malaysia dan pancaragam PDRM Kontinjen Kedah.

 

Acara seterunya dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Perak dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDH CP Dato’ Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM. Selepas ucapan perasmian, disusuli pula dengan gimik perasmian bertemakan nelayan yang membudayakan pekerjaan masyarakat setempat di zaman dahulu.

 

YDH Dato' Pengarah Pengurusan juga turut meluangkan masa melawat Komplek Perumahan Polis di perkarangan Balai Polis Pantai Remis dan seterusnya ke jamuan makan tengahari dan bersurai.

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar bersama isteri turut hadir di Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis.

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Ketibaan YDH DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak bersama YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Perak

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Ketibaan YDH CP Dato' Abdul Razak bin haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM disambut oleh paluan gendang 1 Malaysia

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan memeriksa Kawalan Kehormatan

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Ucapan perasmian...

Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Gimik perasmian Balai Polis Pantai Remis


Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Penyampaian cenderahati oleh YDH Ketua Polis Perak kepada YDH Pengarah Pengurusan PDRM
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM