Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis Manjung Perak
Perak - 30 September 2010. Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia.
Ketibaan YDH Dato' Pengarah Pengurusan disambut oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak dengan paluan gendang 1 Malaysia terdiri dari kaum Melayu,Cina dan India.
YDH Dato’ Pengarah Pengurusan menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan yang terdiri dari 53 anggota yang diketuai oleh ASP Ng Swei Chait dan seterusnya memeriksa perbarisan.
Turut hadir, mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar bersama isteri, Timbalan Ketua Polis Perak, YB Ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Daerah, Ketua-ketua Jabatan Polis Kontijen Perak, Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua Kaum, Pemimpin-pemimpin masyarakat serta penduduk setempat. Kehadiran dianggarkan lebih kurang 500 orang. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan gendang 1 Malaysia dan pancaragam PDRM Kontinjen Kedah.
Acara seterunya dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDH Ketua Polis Perak dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDH CP Dato’ Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM. Selepas ucapan perasmian, disusuli pula dengan gimik perasmian bertemakan nelayan yang membudayakan pekerjaan masyarakat setempat di zaman dahulu.
YDH Dato' Pengarah Pengurusan juga turut meluangkan masa melawat Komplek Perumahan Polis di perkarangan Balai Polis Pantai Remis dan seterusnya ke jamuan makan tengahari dan bersurai.
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar bersama isteri turut hadir di Majlis Perasmian Balai Polis Pantai Remis.
Ketibaan YDH DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak

YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak bersama YDH SAC Dato' Zakaria bin Yusof, Timbalan Ketua Polis Perak

Ketibaan YDH CP Dato' Abdul Razak bin haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM disambut oleh paluan gendang 1 Malaysia

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan memeriksa Kawalan Kehormatan
Ucapan perasmian...
Gimik perasmian Balai Polis Pantai Remis

Penyampaian cenderahati oleh YDH Ketua Polis Perak kepada YDH Pengarah Pengurusan PDRM