Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyampaian Pakej Sumbangan Aidil Fitri Kepada Angkatan Tentera Malaysia Dan Polis Diraja Mal

Published: 09 Jun 2014 2.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.47 PM
YDH CP Dato' Ismail bin Hj. Omar, Pengarah Pengurusan PDRM menerima bungkusan kuih raya daripada YB Dato' Seri Rafidah Aziz,..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyampaian-pakej-sumbangan-aidil-fitri-kepada-angkatan-tentera-malaysia-dan-polis-diraja-mal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT

Kuala Lumpur - 10 September 2007. YDH CP Dato' Ismail bin  Hj. Omar, Pengarah Pengurusan PDRM menerima bungkusan kuih raya daripada YB Dato' Seri Rafidah Aziz, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pada Majlis Penyampaian Pakej Sumbangan Aidil Fitri  oleh Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC  Kuala Lumpur.

"Sumbangan tersebut sebagai tanda penghargaan daripada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang telah terbukti menjaga keamanan negara sehingga mencapai 50 tahun kemerdekaan negara", ujar Dato' Seri Rafidah Aziz pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh ahli-ahli PERKEP dan BAKAT.

Tambah Dato' Seri Rafidah lagi, pemberian awal sumbangan ini adalah bagi memudahkan pihak ATM dan PDRM menghantar kuih muih tersebut secepatnya kepada pegawai dan anggota yang bertugas pada musim perayaan agar mereka sama-sama dapat menghayati hari lebaran.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj. Zainal pula telah menerima bungkusan bagi pihak ATM daripada Dato' Seri Rzfidah Aziz dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan PDRM dan ATM.

Majlis Penyampaian Pakej Sumbangan Aidil Fitri Kepada Angkatan Tentera Malaysia Dan Polis Diraja Mal
YDH CP Dato' Ismail bin  Hj. Omar, Pengarah Pengurusan PDRM menerima bungkusan kuih raya daripada YB Dato' Seri Rafidah Aziz, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 
ArticlePublished 09 Jun 2014 2.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.47 PM