Majlis Jamuan Muhibbah Polis Bersama Rakyat
Johor
Bahru - 9 September 2007. Majlis Jamuan Muhibbah Polis Bersama Rakyat
telah dianjurkan oleh Persatuan Tiong-Hua Johor Bahru di Dewan Besar,
Wisma Tiong-Hua Johor Bahru. Majlis jamuan ini bertujuan untuk memberi
penghargaan kepada polis dan mengeratkan perhubungan dan persefahaman
diantara pihak polis dengan masyarakat Tiong-Hua Johor Bahru.
YB
Dato' Fu Ah Kiow, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan YDH
Dato' Hussin bin Haji Ismail, Ketua Polis Negeri Johor telah hadir di
majlis tersebut.
Didalam
majlis tersebut juga, Pengerusi Persatuan Tiong-Hua, Encik Lai Yik
Sheng mewakili lima Persatuan Cina Johor Bahru, menyerahkan memorandum
kepada YB Dato' Fu Ah Kiow dan YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail. Antara
isi memorandum tersebut ialah cadangan kepada pihak polis untuk mencegah
jenayah yang semakin menurun, meningkatkan prestasi anggota polis serta
jalinan kerjasama dengan pihak polis dalam mencegah jenayah bersama
masyarakat. Selain itu ia juga menyuarakan pandangan persatuan tersebut
untuk menggubal undang-undang yang melibatkan jenayah yang akan
dibentangkan kepada pihak kabinet.
Persatuan Tiong-Hua Johor
Bahru juga akan menubuhkan jawatankuasa keamanan untuk membantu pihak
polis dalam pencegahan jenayah. Selain itu, persatuan juga mengadakan 'hotline' untuk
berhubung dengan pihak polis dan ahli-ahli persatuan juga mengedarkan
risalah-risalah pencegahan jenayah kepada masyarakat setempat. Satu
Laman Web akan diwujudkan untuk mengumpulkan senarai nombor telefon
ahli-ahli persatuan dengan tujuan mengumpul dan berkongsi maklumat serta
memberi pandangan.
Sementara
itu, YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail, Ketua Polis Negeri Johor mengesa
masyarakat sekeliling mendaftar sebagai ahli Rakan Cop dimana banyak
manfaat yang boleh didapati melaluinya. Sebagai ahli, masyarakat boleh
melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada pihak polis dan tindakan
segera juga boleh diambil oleh pihak polis. Selain itu,
maklumat-maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan dan pemberi
maklumat akan dirahsiakan.
Polis
Johor juga akan menambah Pegawai Penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah
dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, dimana setiap Balai Polis di
Negeri Johor akan mempunyai Pegawai Penyiasat bagi melicinkan dan
mempercepatkan siasatan kes yang berlaku. Selain itu, sebanyak 500 buah
kereta peronda akan ditambah menjelang tahun hadapan dimana dari jumlah
tersebut sebanyak 300 buah kereta akan diperuntukkan kepada Daerah Johor
Bahru. Dengan adanya pertambahan tersebut, kekerapan sebanyak 50-70
buah kereta peronda dapat melakukan rondaan dalam satu masa berbanding
sekarang iaitu antara 12-14 buah kereta peronda.

Presiden
Persatuan Tiong-Hua Johor Bahru, Encik Lai Yik Sheng menyampaikan
memorandum kepada YDH Dato' Hussin bin Haji Ismail. Ketua Polis Johor
sambil diperhatikan oleh YB Dato' Fu Ah Kiow dan wakil-wakil Persatuan
Cina Johor Bahru