Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan

Published: 10 Jun 2014 3.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggunggan telah diadakan di Menara 2, Tingkat 16 Kompleks Bukit Aman oleh Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian PASCA Perkhidmatan, JPA...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyampaian-cek-pencen-tanggungan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:00 MYT
Bukit Aman - 8 September 2010. Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan telah diadakan di Menara 2, Tingkat 16 Kompleks Bukit Aman oleh Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian PASCA Perkhidmatan, JPA.

Turut hadir dalam majlis tersebut ini adalah YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC Dato' Ahmad bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah Perkhidmatan (Rekod Personel), YDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) dan pegawai-pegawai polis dan tetamu jemputan penerima pencen tanggungan.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata aluan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene dengan ucapan selamat datang kepada Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian PASCA Perkhidmatan.

Sebagaimana di bawah Akta 227, Akta Pencen 1980, kerajaan telah memperuntukkan bayaran tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan kepada orang-orang tanggungan seseorang pegawai suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan itu jika :-

a) Pegawai itu mati dalam hal keadaan di bawah Seksyen 17 :- (menanggung bencana semasa melaksanakan tugas rasminya atau disebabkan kemalangan dalam perjalanan; atau mendapat penyakit yang kerana tugasnya itu menyebabkan dirinya terdedah).
Bagi maksud perenggan a, bencana atau penyakit yang ertinya bencana yang tidak berpunca dari kecuaian atau salah lakunya.

Di majlis ini, seramai 6 orang telah menerima pencen tanggungan dan seorang lagi telah menerima bayaran Skim Ex-Gratia pampasan Bencana Kerja.

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong bersama Dato'-Dato' Timbalan pengarah..

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Ucapan alu-aluan oleh YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Antara yang hadir di Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan ..

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Y.Bhg Dato' Yeow Chin Kiong, Pengarah Bahagian PASCA Perkhidmatan memberi ucapan..

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Balu Allahyarham Kamal bin Sulaiman, Puan Saamah binti Daim menerima pencen tanggungan

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Puan Mariam binti Abdullah menerima cek pencen tanggungan kematian Allahyarham Abd Razak bin Adin..

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Puan Norasmawati binti Othman menerima cek pencen tanggungan atas kematian Allahyarham Jafri bin Ibrahim dari Cawangan Kem Komandan Bukit Aman

Majlis Penyampaian Cek Pencen Tanggungan
Puan Alawiah binti Dahalan menerima cek pencen tanggungan atas kematian Allahyarham Hazizi bin Ahmad..
ArticlePublished 10 Jun 2014 3.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM