Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya

Diterbitkan: 10 Jun 2014 3.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Pelancaran dan Pengedaran CD Khas Hari Raya bertajuk 'Teman Perjalanan' telah dilangsungkan di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara - Selatan pagi ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-pelancaran-dan-pengedaran-cd-khas-hari-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:02 MYT
Sungai Buloh, Selangor - 8 September 2010. Majlis Pelancaran dan Pengedaran CD Khas Hari Raya bertajuk "Teman Perjalanan" telah dilangsungkan di Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan pagi ini.

Majlis pelancaran pada pagi ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir dimajlis tersebut ialah Y.Bhg Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood, Pengerusi MFDM Holdings serta Presiden Majlis Jaksa Pendamai Selangor dan isteri Datin Seri Zurina Zulkiflee, Encik Abdul Rahman Daud, Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Tuan Haji Zakaria Shafie, Pengurus Wilayah Tengah PLUS, DSP Azme bin Mansor, Penguatkuasa Trafik Bukit Aman, C/Insp Mohd Zaki Abu Bakar, Pegawai Perhubungan Awam Bukit Aman, Encik Abdullah Abdul Hamid, Penerbit Projek "Teman Perjalanan", Dif-dif jemputan dan wakil-wakil media.

Statistik yang dikeluarkan oleh PDRM menunjukkan bahawa kadar kemalangan maut pada tahun lepas telah meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 6,745 kematian (2009) daripada 6,527 kematian (2008). Sehingga Jun tahun ini pula sebanyak 3,379 kematian akibat kemalangan sudah dilaporkan. Fenomena kemalangan jalan raya amat sinonim dengan musim perayaan.

Berdasarkan kajian statistik PDRM, purata kemalangan pada musim perayaan adalah lebih rendah iaitu 15 kematian sehari berbanding 18 kematian sehari dicatatkan pada hari-hari biasa. Ini menunjukkan keberkesanan OPS SIKAP yang dilancarkan oleh pasukan polis. Namun begitu, kerajaan masih merasa masalah ini perlu ditangani secara lebih agresif dengan melibatkan pihak swasta dan badan bukan kerajaan. Justeru, sumbangan dan usaha pihak swasta seperti Karyawan Bestari ini mampu membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya terutamanya yang menyebabkan kematian amat tragis, membawa kesengsaraan kepada waris-waris yang masih hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Selain itu, kemalangan juga boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada negara. Dianggarkan kemalangan jalan raya telah menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah berkurangan sebanyak dua peratus atau sebanyak RM9 billion. Sebaliknya, kejayaan agenda keselamatan jalan raya boleh menyumbangkan dua peratus pada pertumbuhan ekonomi negara setiap tahun.

CD "Teman Perjalanan" dimuatkan dengan doa keluar rumah, doa masuk rumah, doa menaiki kenderaan, dan doa musafir serta alunan takbir raya disampaikan oleh Ustaz Amer Noor Hezam Amer Edaham. Selain itu, terdapat tips pemanduan berhemah diberikan oleh Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalanraya, IR.Mohamad Dalib. Encik Kamal Affandi Hashim, Penganalisis Jenayah pula memberikan langkah-langkah penting sebelum meninggalkan rumah. Pakar motivasi, Tuan Hj. Husim Hj. Salleh memberikan pelbagai nasihat dan motivasi menarik kepada suami, isteri dan anak-anak ketika berada di dalam kereta.

Kira-kira 4,000 unit CD "Teman Perjalanan" telah diedarkan secara percuma kepada pengguna jalanraya. Sedikit sebanyak, usaha ini mampu memberi kesan dari segi minda rakyat Malaysia dan menyokong langkah-langkah kerajaan yang telah melaksanakan pelbagai program dan peraturan untuk membendung masalah ini.

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
Anggota polis menunggu ketibaan dif-dif kenamaan..

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
Ketibaan YB Senator Dato Dr. Mashitah Ibrahim disambut oleh YBhg Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood.

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
Ucapan alu-aluan oleh YBhg Dato' Seri Mahamad Fathil Dato' Mahmood, Pengerusi MFDM Holdings serta Presiden Majlis Jaksa Pendamai Selangor.

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
Antara yang hadir...

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
Ucapan YB Senator Dato Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
Pelancaran "Teman Perjalanan"  oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim bersama-sama dengan PDRM, JPJ serta PLUS.

Majlis Pelancaran Dan Pengedaran Cd Khas Hari Raya
YB Senator Dato' Dr. Mashitah Ibrahim mengedarkan CD "Teman Perjalanan" kepada pemandu-pemandu kenderaan yang melalui Lebuhraya Utara Selatan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 3.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM