Article
Majlis Penutupan Kursus Pegawai Kehormat Kor Suksis Ipta 2010
Seramai 35 orang Pegawai Kehormat Kor SUKSIS dari 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh negara, berpangkat Asisten Superintenden Polis Kor...
Ulu Kinta, Perak - 14 Mei 2010. Majlis Penutupan Kursus Pegawai Kehormat Kor SUKSIS IPTA 2010 telah disempurnakan oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu KInta Perak pada pagi ini.
Hadir di majlis penutupan itu ialah ACP Mazlan bin Kesah, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK), Supt. Burhanuddin bin Haji Abd Majid, Komandan Pusat Latihan PGA (PLPGA), Supt. Arjunaiti bin Abdullah, Ketua Cawangan Pembantu, Supt K/S Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj Ramlan, wakil Ketua Pengajian Tinggi Malaysia serta Pegawai-pegawai Kanan PLPGA.
Kor SUKSIS telah ditubuhkan di universiti-universiti seluruh Malaysia pada tahun 2004 di bawah Akta Polis 1967 (Sek 34 -46), PVR Regulation 1956 dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN A 502).
Tujuan penubuhan Kor SUKSIS adalah supaya siswa dan siswi yang menyertai Kor SUKSIS memilih dunia kepolisan sebagai kerjaya tetap mereka satelah tamat pengajian nanti atau setidak-tidaknya menjadi ahli Rakan Cop.
Pegawai Kehormat Kor SUKSIS IPTA yang telah menamatkan kursus ini akan memainkan peranan penting sebagai jambatan penghubung di antara PDRM dan IPTA. Dibahu merekalah juga diletakkan tanggungjawab untuk memahamkan ahli-ahli Kor SUKSIS jika berlaku sebarang salah laku di kawasan IPTA masing-masing.
Melalui kursus ini, para peserta telah berjaya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan terhadap struktur organisasi dan fungsi setiap jabatan di dalam PDRM. Ini penting kerana kefahaman yang mendalam dapat membantu mewujudkan semangat patriotik, jati diri dan nilai murni kepada setiap ahli Kor SUKSIS, sebagai pemimpin pelapis yang berdisiplin tinggi.
Seramai 35 orang Pegawai Kehormat Kor SUKSIS dari 20 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh negara, berpangkat Asisten Superintenden Polis Kor SUKSIS (ASP/KS) hingga Asisten Komisioner Polis Kor SUKSIS (ACP/KS) telah berjaya menamatkan kursus yang bermula 9 Mei 2010 dan berakhir pada hari ini.

dari kanan...Supt. Arjunaiti bin Abdullah, Ketua Cawangan Pembantu, ACP Mazlan bin Kesah, Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/PTK), YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak, Supt. Burhanuddin bin Haji Abd Majid, Komandan Pusat Latihan PGA (PLPGA) dan Supt K/S Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj Ramlan.

Ucapan penutupan kursus oleh YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Ketua Polis Perak

ASP/KS Arbiah binti Abdul Razak dari UMP Kelantan menerima sijil tamat kursus dari YDH Ketua Polis Perak.

Tahniah, ucapan YDH Ketua Polis Perak kepada ASP/KS Rajan a/l Thanaveloo dari UNIMAS Sarawak.

dari kanan...ACP/KS Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin bin Dollah (USIM, Negeri Sembilan), Supt/KS Prof. Dr. Ismail bin Kailani (UiTM Skudai), ACP/KS Prof. Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal (UniMAP, Perlis) dan ACP/KS Prof. Madya Dr. Hj. Kasim bin Mansur (UMS Sabah).

Antara Pegawai Kehormat Kor SUKSIS yang menerima sijil dari YDH Ketua Polis Perak..