Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203

Diterbitkan: 10 Jun 2014 2.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2010 – Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun 2010, telah berlangsung di Balairong Seri, Istana Nega..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/388-terima-anugerah-daripada-spb-yang-di-pertuan-agong-sempena-hari-polis-ke-203
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Kuala Lumpur, 13 Mei 2010 - Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis Sempena Hari Polis Ke 203 Tahun 2010, telah berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, berkenan menganugerahkan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis kepada seramai 388 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari pelbagai peringkat pangkat.

Pendahulu penerima ialah Datuk Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas, menerima Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP). Diikuti Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) seramai 48 orang. Di antara penerimanya ialah YDH Dato' Mohmad Salleh (PJP Sarawak) dan YDH Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah (KP Perak).

Seramai 101 dianugerahkan Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) 18 menerima Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 229 Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP).

Manakala 2 orang anggota dianugerahkan Pingat Keberanian Polis (PKP). Mereka ialah Kpl. Mat Azri Awang Ngah dan L/Kpl. Abd. Hafis Jamalul Ramlie.

Turut hadir pada istiadat tersebut ialah YB Datuk Wira Abu Seman Hj. Yusop, Timbalan Menteri Dalam, YDH Tan Sri Musa Tan Sri Hj. Hassan, Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Dato' Seri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KSU KDN).

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
YDH CP Datuk Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
YDH DCP Dato' Mohmad Salleh, Pesuruhjaya Polis Sarawak dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Perak dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
Kpl. Mat Azri Awang Ngah dianugerahkan Pingat Keberanian Polis (PKP), oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
L/Kpl. Abd. Hafis Jamalul Ramlie dianugerahkan Pingat Keberanian Polis (PKP) oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
YB Datuk Wira Abu Seman, Timbalan Menteri Dalam Negeri, mengucapkan tahniah kepada salah seorang penerima pingat .

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
YB Datuk Wira Abu Seman dengan diiringi YDH Tan Sri Ismail Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, keluar dari Balairong Seri Istana Negara, Kuala Lumpur setelah istiadat berakhir.

388 Terima Anugerah Daripada Spb Yang Di Pertuan Agong Sempena Hari Polis Ke 203
Bergambar kenangan bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, setelah selesai Istiadat Penganugerahan Darjah Pahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis. 
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 2.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM