Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 5.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dengan adanya pelbagai aktiviti sukan seumpama ini, ia bukan sahaja pemangkin ke arah melahirkan atlit sukan PDRM yang berbakat, malah dapat membentuk kakitangan PDRM supaya menjalani gaya hidup yang ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutupan-kejohanan-ten-pin-bowling-piala-ketua-polis-negara-tahun-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:24 MYT

Petaling Jaya - 13 Oktober 2010. Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 yang telah berlangsung di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid Shopping Centre, Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor bermula pada 10 Oktober 2010, ditutup dengan rasminya oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara pada petang ini. 

Hadir mengiringi beliau, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, YDH SAC Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor, merangkap Pengerusi Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah, Pengerusi Kumpulan Sunway, YBhg. Encik Chan Hoi Choi, CEO Sunway Pyramid Mall serta dif-dif jemputan.

Turut hadir, YDH SAC Dato' Abu Samah bin Haji Mat, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH SAC Dato' A.Rahman bin Ahmad, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Selangor, YDH SAC Jamaluddin bin Abd. Majid, Ketua Jabatan Pengurusan, Ketua-ketua Polis Daerah Kontinjen Selangor, DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, ASP Ghazali bin Jusoh, Pengelola Ten Pin Bowling serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pengurus Pasukan dan para peserta kejohanan.

"Dengan adanya pelbagai aktiviti sukan seumpama ini, ia bukan sahaja pemangkin ke arah melahirkan atlit sukan PDRM yang berbakat, malah dapat membentuk kakitangan PDRM supaya menjalani gaya hidup yang sihat serta dapat membentuk jati diri, disiplin, semangat kerjasama dalam satu pasukan, selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim atau esprit de corps di kalangan warga PDRM, bukan sahaja sebagai sebuah pasukan, malah seumpama sebuah keluarga yang mantap, harmoni dan disegani", antara ucapan penutupan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

'Saya berharap agar semangat yang disemarakkan ini akan dapat dikekalkan sepanjang masa, bukan sahaja di gelanggang sukan tetapi turut dipamerkan di tempat bekerja, tempat latihan dan semasa melaksanakan tugas-tugas operasi'.

"Jika semangat yang sama sentiasa dikekalkan, kita akan dapat menjadi organisasi penguatkuasa yang terunggul, berintegriti dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat nasional maupun antarabangsa", akhiri ucapan penutupan oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.

Kontinjen Selangor telah berjaya mengekalkan kejuaraan sebagai Juara Keseluruhan dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 21,519. Naib Juara pula ialah Kontinjen Pulau Pinang dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 20,860, tempat Ketiga Kontinjen Perak dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 20,786 dan Bukit Aman ditempat Keempat dengan pungutan jatuhan pin sebanyak 20,668.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Sokongan padu oleh YDH SAC Dato' Tun Hisan bin Tun Hamzah, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang kepada isterinya, Datin Fazimah dan berjaya menjadi Juara dengan jatuhan pin sebanyak 231, dalam acara VVIP.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Acara VVIP sebelum majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang...

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Juara VVIP...YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya yang berjaya menjatuhkan sebanyak 299 pin.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Kontinjen Selangor menerima Piala Pusingan selaku Juara Keseluruhan daripada YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor menyampaikan cenderahati kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
YDH Ketua Polis Selangor menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah, Pengerusi Kumpulan Sunway

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Ucapan Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010 oleh YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
YDH DIG Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara sempat beramah mesra denga para peserta sebelum meninggalkan majlis.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Kontinjen Bukit Aman, tempat Keempat Keseluruhan.Juara Perseorangan Wanita melalui ASP Julie Loo Wan Neo, Juara Perseorangan Lelaki, PF Nurakmal Ramli, Double Wanita dengan jatuhan pin 3385 melalui gandingan Insp Izyan Noor binti Mohd Jaafar dan Sjn haniza hashim, tempat Ketiga Double Lelaki dengan gandingan ASP Ibrahim bin Darus dan Sjn Hasbullah bin Long dan tempat Ketiga acara Master Wanita oleh Insp Izyan Noor.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Kontinjen Perak...Ketiga Keseluruhan, memenangi tempat Ketiga acara Double Wanita melalui gandingan Kpl Siti Hanisah Said dan L/Kpl Norlian Hassan, tempat Kedua acara Tiga Pasukan Lelaki dan Ketiga dalam acara Tiga Pasukan Wanita dan tempat Ketiga acara Master Lelaki melalui balingan DSP Radenan Mohd Ali.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Tempat Kedua Keseluruhan, Kontinjen Pulau Pinang...Tempat Ketiga dalam acara Perseorangan Wanita, L/Kpl Norma Abas, Kedua acara Tiga Pasukan Wanita, Juara Master Wanita oleh L/Kpl Norma Abas dan juga Hi-Game Wanita dengan jatuhan 233 pin melalui Kpl Tuan Zubaidah Hassan.

Majlis Penutupan Kejohanan Ten Pin Bowling Piala Ketua Polis Negara Tahun 2010
Juara Keseluruhan..Kontinjen Selangor, tempat Ketiga Perseorangan Lelaki, L/Kpl Mohd Zaki Idris, Kedua Double wanita melalui gandingan L/Kpl Rohana Amat dan Kpl Ami Husnita Hussin, Juara dalam acara Tiga Pasukan Wanita dan Tiga Pasukan Lelaki dan tempat Kedua Master Lelaki oleh L/Kpl Mohd Rashid Othman

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 5.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM