Artikel
Majlis Penutupan Kejohanan Ragbi 15 S Piala Ketua Polis Negara 2008
YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyempurnakan majlis Penutupan Kejohanan Ragbi 15'S Piala Ketua Polis Negara..
PULAPOL Kuala Lumpur - 25 Mei 2008. Majlis
Penutupan Kejohanan Ragbi 15'S Piala Ketua Polis Negara 2008 telah
disempurnakan oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua
Polis Negara di Padang Utama, PULAPOL Kuala Lumpur.
Hadir sama dimajlis tersebut ialah YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj. Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH SAC II Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ragbi 15'S Piala KPN 2008, Ketua-ketua Jabatan, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Pengurus-pengurus pasukan, jurulatih-jurulatih dan pemain-pemain dari 14 pasukan yang mewakili kontinjen, briged dan formasi.
Sukan ragbi merupakan sukan tradisi PDRM yang telah lama dipertandingkan diperingkat Jabatan. Sukan ini pernah melonjakkan nama PDRM di arena sukan tanah air dimana pasukan PDRM merupakan sebuah pasukan yang amat digeruni dan sentiasa meraih kejayaan dalam beberapa pertandingan ragbi yang diadakan seperti Kejohanan Piala Agong, Guiness Cup, Jonah Jones dan lain-lain lagi. PDRM juga telah melahirkan ramai pemain ternama yang pernah mewakili negara diperingkat antarabangsa seperti Ghaffar Rejab, dan Roslan Siru.
Dalam ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau menyeru kepada semua pemain yang terlibat supaya menoleh kembali sejarah kegemilangan PDRM dalam sukan ragbi, ambil sejarah kegemilangan sebagai semangat dan motivasi yang boleh mengorak langkah baru, bagi melahirkan pasukan PDRM yang kuat dan digeruni lawan.
Bukit Aman telah berjaya mengalahkan kontinjen Pulau Pinang dalam pertandingan akhir 'Bowl' sementara Johan dalam acara 'Cup' pula telah dimenangi oleh pasukan PULAPOL KL yang mengalahkan juara bertahan tahun 2007, kontinjen Perak. Tempat ketiga ialah Briged Tenggara dan keempat, kontinjen Kuala Lumpur. Sementara itu, pemain tuan rumah, Mohd Fadli bin Mat Yatim diumumkan pemain terbaik kejohanan.

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Hj Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM sambil diiringi YDH SAC II Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan PULAPOL KL diperkenalkan kepada pemain kedua-dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir

Perlawanan akhir yang sengit antara PULAPOL KL dan Perak (kuning-hitam) sehingga memaksa masa tambahan untuk menentukan JUARA

YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara membalas tabik hormat kepada semua pasukan yang membuat lintas hormat di Dataran Mesra, PULAPOL Kuala Lumpur

Bukit Aman juara 'Bowl' mengalahkan kontinjen Pulau Pinang

JUARA...PULAPOL Kuala Lumpur, Juara Ragbi 15 Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2008