Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Raub Pahang
Raub, Pahang - 24 Mei 2008. Polis Diraja Malaysiadengan penuh hormat dan takzimnya, merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tingginya di atas limpah perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, mencemar duli berangkat dan seterusnya berkenan untuk menyempurnakan Upacara Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang di pagi yang penuh berkat dan bersejarah ini.
KeberangkatanDuli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom danDuli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menambahkan meriah dan berserinya majlis ini.
Turut hadir di Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Raub ialah Yang Amat Mulia Kerabat-Kerabat Bergelar, YB Dato' Seri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar, Menteri Dalam Negeri dan Y.Bhg. Datin Seri Sharifah Aziah binti Syed Zainal Abidin danYB Dato' Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Raub.
Hadir sama ialah Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Y.Bhg Puan Sri Siti Julianah binti Johan, YDH IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Datin Seri Juriah binti Dato' Ahmad, YDH DIG Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Ayob bin Mohamed, Ketua Polis Pahang, Y.Bhg Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan YDH Supt. Tuan Wan Mohd Samsudin bin Wan Osman, Ketua Polis Daerah Raub.
Antaraucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau berharap warga PDRM di sini akan dapat meningkatkan prestasi dan lebih bersemangat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai di atas kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
" Setiap warga PDRM dikehendaki melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan berlandaskan kepada penghayatan motto ' Integriti Amalan Kita' dan slogan 'Tegas, Adil dan Berhemah' sebagai balasan kepada budi baik kerajaan terhadap warga PDRM "
YDH Ketua Polis Negara jugaberharap, masyarakat perlu bangkit dan sedar akan tanggungjawab serta peranan masing-masing kerana dalam usaha membasmi dan menghapuskan jenayah memerlukan kerjasama dan sokongan daripada masyarakat kerana segelintir daripada pelaku jenayah adalah daripada kalangan masyarakat yang tidak menghormati hak masyarakat yang lain, untuk hidup secara aman dan sejahtera. Polis dan masyarakat adalah ibarat 'Aur dan Tebing', yang saling perlu memerlukan dan saling bantu membantu untuk sama-sama mencapai kesejahteraan hidup.
Upacara Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Raub dimulai dengan Kawalan Kehormatan dan Panji Utama Polis Diraja Malaysia mengambil tempat di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub. Satelah selesai pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, aturcara majlis pada pagi ini dimulakan dengan Ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, diikuti oleh titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Majlis diteruskan dengan deklamasi puisi bertajuk 'Sebuah Tugu Perjuangan Agong' dan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bagi menandatangani 'Plaque Perasmian'. Satelah Panji Utama dan Kawalan Kehormatan keluar medan, aturcara seterusnya ialah persembahan T-Baton oleh Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, persembahan dari Unit Tindakan Khas dan K9 Polis Diraja Malaysia. Majlis diakhiri dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang menyempurnakan upacara memotong reben Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, melawat gerai-gerai pameran PDRM dan Majlis Santapan Diraja.

YDH IG Tan Sri Dato' Seri Musa bin Dato' haji Hassan, Ketua Polis Negara membalas tabik dari Kawalan Kehormatan

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah, mencemar duli membuat pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan

Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang

Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah menandatangani 'Plaque' perasmian

Panji Utama dan Kawalan Kehormatan keluar medan

Tangkas...Pergerakan-pergerakan asas T-Baton yang diperkenalkan pada tahun 2005,dipersembahkanoleh 20 orang anggotadari PULAPOL Kuala Lumpur

Tumpas...Persembahan oleh Unit Tindakan Khas dan K9 PDRM, menumpaskan 3 orang tahanan lokap yang berjaya melepaskan diri dan menjadikan beberapa orang anggota polis sebagai tebusan

Memperagakan...Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang melihat pakaian-pakaian polis dari era British

Canggih...Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang mendengar penerangan berkaitan senjata yang digunakan oleh 'Team Snipper' ketika melawat gerai pameran Komando 69, Pasukan Gerakan Khas PDRM