Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010

Published: 10 Jun 2014 2.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Perlawanan akhir telah diadakan antara PULAPOL Kuala Lumpur bertemu dengan Briged Tengah PGA, Cheras...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penutupan-kejohanan-bola-sepak-piala-kpn-2010
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:09 MYT

Seremban - 16 Mei 2010. Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010 telah disempurnakan oleh YDH SAC I Dato' Osman bin Haji Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban pada petang ini.

Hadir di Majlis Penutupan ialah YDH SAC II Dato' Abd Manan bin Mhd Hassan, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad, Komander PSP, DSP Aiyob bin Shaharuddin, Setiausaha Majlis Sukan PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sebanyak 18 pasukan telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010 yang berlangsung dari 11 Mei hingga 16 Mei 2010.

Pada petang ini, perlawanan akhir telah diadakan antara PULAPOL Kuala Lumpur bertemu dengan Briged Tengah PGA, Cheras. Di perlawanan akhir yang berlanjutan ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1, sepakan penalti telah menentukan kejuaraan milik PULAPOL Kuala Lumpur dengan agregat 4-2.

Pasukan Negeri Sembilan dan Perlis pula telah diumumkan tempat Ketiga Bersama dan PULAPOL Air Hitam menyandang pasukan 'Fair Play'.

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Pasukan Negeri Sembilan bertemu PULAPOL Kuala Lumpur di perlawanan separuh akhir

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Cedera... adat permainan dalam bola sepak

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Pemain Negeri Sembilan mengasak ke pintu gol PULAPOL Kuala Lumpur

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Perlawanan akhir antara PULAPOL Kuala Lumpur bertemu Briged Tengah PGA

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Pemain pasukan Briged Tengah PGA

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Serba biru..PULAPOL Kuala Lumpur

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Pemain Tebaik Kejohanan (putih) mencuba melepasi pemain PULAPOL Kuala Lumpur

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Pemain PULAPOL Kuala Lumpur meraikan kemenangan setelah menang sepakan penalti

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Pemain Briged Tengah PGA menerima pingat dari YDH Ketua Polis Negeri Sembilan

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Sepak Piala Kpn 2010
Juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2010...PULAPOL Kuala Lumpur

ArticlePublished 10 Jun 2014 2.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM